Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2009

Piala malaysia dan adik-adik tahfiz.

Bismilllah, Alhamdulillah setelah beberapa hari berada di Zaqaziq akhirnya membuahkan hasil. Walaupun mula-mula nampak macam pasukan tak siap,tapi akhirnya Mansoura berjaya membuktikan. Dalam peringkat kumpulan nampak macam payah nak layak ke suku akhir,sebab menang dengan Johor 2-0,seri 0-0 dengan kelantan,kalah dengan Sabah 1-0. Lagipun masa hari terakhir peringkat kumpulan semua ada peluang hinggalah Mansurah dapat kalahkan Perak 3-0. Untuk separuh akhir kami dijadual bertemu Syoubro. Boleh tahan kuat jugak team ni,belasah Damanhur 5-0. Lagi pun memang terkenal kekuatan diorang. Alhamdulillah boleh menang,itu pun penalti. Untuk pengetahuan,dalam peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir,semuanya kami ditentukan melalui penalti. Kemudian peringkat separuh akhir kami bertemu dengan Negeri Sembilan,argghhh kenapa Negeri Sembilan?. Maaf la kalau aku cakap aku tak suka nak jumpa diorang. Sebab ikut pengalaman player diorang ada sepak kaki aku,pastu diorang agak kasar sikit,tu yang bu...

Alhamdulillah,,tahun 3 Bahasa Arab.

Alhamdulillah + Sujud Syukur + Berzikir = Penuh Ketenangan. =D Amat gemuruh gile sebelum tau keputusan kontrol..nak mintak kawan tengokkan pun serba salah. Walaupun bukan keputusan rasmi tapi result control dah membayangkan result yang sebenar. Tapi bila tau kawan-kawan lain banyak Jayyid ,lagi la rasa tak boleh nak duduk diam. Nak tidur pun tak boleh. Siap mimpi-mimpi lagi. Lepas bagi raqam julus kat Fakhrullah,dia mintak ammu dekat rumah dia tu tengokkan,sebab ammu tu kerja kat syu`un kuliah. Hari pertama tak dapat tengok,hari kedua pun tak dapat tengok lagi, aiii hati dah berdebar-debar dah. Hari ketiga, dia bagitau pakai YM,,punya la cuak..tapi fakhrullah tulis 'mabruk' ..so aku tau la ayat lepas tu nak keluar apa. =) Tapi hari ni,keluar yang betul-betul punya,bukan cobaan dah. Nak tak nak kena tengok jugak..tak kira lah apa natijah sekalipun. Sebab Zahimi call pagi tadi,dia cakap natijah dah tampal kat kuliah..siap dia yang tolong ammu kat syu`un tampalkan. Bersema...

Lazy

Kenapakah kemalasan menyelubungi diri ini??? Antara yang paling malas.. Satu..Nak balik Kaherah time musim panas..adusss seksanya.. Dua..Nak tajdid iqamah ..kalo pergi kompom nama dah naik takpe. Ni pergi.. BUKROH . Ayat paling 'sedap' didengar kan kawan-kawan? =) Tiga..Nak main bola Piala Malaysia nanti..kompom dah macam anak keling sebab main tengah panas..=)

Summer menjelang

Assalamualaikum,, Lama rasanya tak menaip,lepas je abis exam bulan lepas terus berjalan ke Alex ,lepas tu tolong kawan-kawan yang nak balik Malaysia . Orang yang last sekali aku hantar kat airport setakat ni adalah Zul (AhlyBait) . Zul pun balik Malaysia kelam kabut jugak,kesian kat dia. Tapi abang dia dah mintak dia balik. =) Kalau tak,mana dia sanggup tinggalkan aku ..=). Tapi yang hampesnya Zul ni,dia tak bagitau pun yang dia nak balik sampai la hari dia nak balik tu. Ahlybait yang lain semua tak tau kecuali beberapa orang yang rapat dengan dia. Itu takpe lagi,dah la dia nak balik,tapi siap boleh bangun lambat masa nak pergi Mator tu. Kami naik teksi jer pergi Mator. Pastu masa dia nak check-in tu,dia salam macam biasa je..macam nak balik Kaherah je. Hadoii..macam takde perasaan langsung. lawak-lawak..harap-harap Zul balik ni tenang-tenangkan fikiran dulu. Enjoy la ok. =) Sekarang ni kena mula fikir apa aku nak buat pulak,sunyi la pulak rumah ni. Semalam baru je lepas baiki ...