Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2009

Konvokesyen Universiti Al-Azhar

Bismillah.. Alhamdulillah selesai majlis konvokesyen Universiti Al-Azhar di Dewan Muktamar Al-Azhar. Acara yang berlangsung gemilang,dan tahniah diucapkan pada yang berjaya menamatkan pengajian. Dan yang paling menarik aku dapat mengambil bahagian sebagai jurugambar. Dah lama tunggu saat paling menarik untuk 'menembak' dengan senjata Nikon D40x ni. Terima kasih pada model-model yang mesra alam. =) Puas dapat bekerja macam ni. Dan senang hati bila dapat buat kerja yang kita minat. Sambil dapat belajar benda baru,dapat juga berjumpa dengan otai-otai kamera ni. Ramai juga penggemar DSLR turun padang. Tengok gear masing-masing naik gerun aku. Tapi kita buat sekadar yang termampu.

Bukan semua

Bismillah.. Aku sedih bila orang kata aku ni macam lupa kawan..aku tak pernah pun nak buang kawan-kawan aku. Aku pun manusia,bukannya boleh nak puaskan hati semua orang kan? Bila lama aku tak bertanya kabar tu bukannya aku saje-saje tak nak contact,mungkin aku ade kerja yang nak buat. Lagipun kalau nak mesej sms mesti pakai duit,setakat satu dua mesej tu boleh la. Kadang-kadang rasa menyesal jugak jadi peramah macam ni. Last-last makan diri jugak. Kalau dah seratus orang tanya kabar,tak semestinya semua aku kena balas kan? Senang-senang pakai Facebook je,aku pun senang nak balas. Kalau semuanya nak pakai mesej sms @ nak kena call pakai law-rate mana aku nak cekau duit. Bagi kawan-kawan yang kat Mesir,kalau jumpa aku tegur. Itu cara yang mudah. Kalau kawan-kawan yang di Malaysia,balik nanti kita jumpa k! Tak pun kita tegur-tegur kat Facebook jer. Memang aku buat Facebook untuk korang.

World Cup Under-20 Final Brazil Vs Ghana

Bismillah.. Alhamdulillah sekarang ni masing-masing sibuk dengan kuliah,nak buat urusan natijah la,urusan bayar rusum (yuran pengajian),kuliah pun nampak agak sibuk walaupun ramai lagi yang tak hadir. InsyaALLAH dimudahkan segala kerja. Atas urusan natijah ni la aku terpaksa balik ke Kaherah. Dan berkebetulan dengan tu final piala dunia remaja pun tarikh yang sama aku balik Kaherah. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan kan? Jadi elok jugak sekali-sekala dapat tengok game final. Lagipun Wak dah belikan tiket untuk aku 3 hari sebelum aku balik Kaherah. Jadi takde lah kelam kabut nak lari pergi beli tiket kat Nadi Ahly. Aku pergi Stadium Kaherah tu atas tiket penyokong Ghana,dan kebanyakkan orang Mesir sendiri pun sokong Ghana,mungkin sebab satu benua kot. Aku suka tengok striker Ghana 'Dominic Adyiah',sebab semua game dia score,lagi satu dia ni pemain terbaik kejohanan. Silalah tengok pic yang menarik ni k.....