Assalamualaikum, Lama dah tak menaip,memang lama sangat. Entahlah kenapa tiba-tiba rasa malas nak mengadap depan komputer lama-lama. Alhamdulillah cuti musim panas yang lepas aku berkesempatan untuk pulang ke Malaysia. Penuh cerita,macam-macam berlaku sepulangan aku hanya 2 bulan. Maklumlah dah 4 tahun tak menjengah negara asal,bila mula-mula menjejak kaki di Malaysia yang kebetulan baru lepas hujan terasa nikmat yang tak terkata. Angin segar menyapa muka yang kering ni,tiba-tiba aku disentap dengan kehilangan bagasi. Puas menunggu tapi bagasi aku tak juga muncul,perasaan gelabah dah mula mencengkam. Akhirnya aku buat laporan kehilangan bagasi,redha akan ketentuan ilahi mungkin ada yang tak kena. Alhamdulillah bagasi aku dapat dikesan terbang ke Canada,mungkin kesilapan semasa urusan 'check-in' di Mesir kot. Aku menaiki penerbangan Royal Jordan,penerbangan yang terpaksa singgah mendarat di Amman dan Bangkok. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Aku bersyukur ke hadrat i...
berjalan dan bermusafirlah