Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2008

Bersedia

Assalamualaikum, Lama dah tak tengok blog sendiri ni,rindu pulak. Sejak akhir-akhir ni aku rasa cuak semacam la. Mungkin sebab exam dah dekat,pastu madah pulak banyak,kawan-kawan duk pulun study kita ni pulak macam main-main je. Pastu ada pulak yang dah siap book tiket nak balik Malaysia,lagi aku tension seyhh.. Aku terasa diri ni jauh sangat dengan ALLAH,aku takut termasuk golongan orang tak mendapat rahmat-Nya, Ya ALLAH jauhilah aku dari golongan yang rugi,ampunilah dosa hambamu ini,kuatkanlah semangat ku ini. Ya ALLAH bantulah hambamu ini,aku sangat lemah,aku takut tak mampu nak harungi dugaan kat dunia ni,aku harap dengan kedatangan bulan April dapat memberi sedikit kekuatan sebelum imtihan yg mendatang,insyaALLAH.Ya ALLAH permudahkan kejayaan pada seluruh umat Isl

'Tsunami' pilihanraya gelombang rakyat

Rekod bersih jadi kebanggaan BN Johor selama 50 tahun mula tercalar SIFAR pembangkang yang dilaungkan Barisan Nasional (BN) Johor gagal dicapai pada Pilihan Raya Umum Ke-12 kelmarin, malah buat kali pertama selepas 50 tahun negara merdeka, rekod bersih BN Johor yang selama ini menjadi kebanggaan mula tercalar. Tidak pernah dalam sejarah negeri ini parti pembangkang boleh memperoleh lebih daripada enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terutama di kawasan pengundi Melayu yang secara tradisinya kubu kuat parti Umno. Malah cakap-cakap pilihan raya di Johor ini, jika calon BN terutama datang dari Umno itu adalah 'batang pisang', pasti akan menang kerana kekuatan parti itu tidak boleh diganggu gugat kerana begitu taksub orang Melayu mengundi calon Umno atau BN sudah tidak boleh diterima lagi. Pas yang mula cuba melebarkan pengaruhnya secara agresif pada sekitar 1990-an di negeri ini agak sukar untuk menembusi kubu kuat Umno itu kerana rata-rata orang Melayu di neg...