Skip to main content

'Tsunami' pilihanraya gelombang rakyat

Rekod bersih jadi kebanggaan BN Johor selama 50 tahun mula tercalar

SIFAR pembangkang yang dilaungkan Barisan Nasional (BN) Johor gagal dicapai pada Pilihan Raya Umum Ke-12 kelmarin, malah buat kali pertama selepas 50 tahun negara merdeka, rekod bersih BN Johor yang selama ini menjadi kebanggaan mula tercalar.

Tidak pernah dalam sejarah negeri ini parti pembangkang boleh memperoleh lebih daripada enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terutama di kawasan pengundi Melayu yang secara tradisinya kubu kuat parti Umno.

Malah cakap-cakap pilihan raya di Johor ini, jika calon BN terutama datang dari Umno itu adalah 'batang pisang', pasti akan menang kerana kekuatan parti itu tidak boleh diganggu gugat kerana begitu taksub orang Melayu mengundi calon Umno atau BN sudah tidak boleh diterima lagi.


Pas yang mula cuba melebarkan pengaruhnya secara agresif pada sekitar 1990-an di negeri ini agak sukar untuk menembusi kubu kuat Umno itu kerana rata-rata orang Melayu di negeri ini ahli Umno. Sudah tidak menjadi rahsia lagi pertubuhan belia, pertubuhan bukan kerajaan, surau dan masjid semuanya mempunyai kaitan dengan Umno.

Malah tidak salah untuk mengatakan kakitangan kerajaan majoritinya ahli Umno atau penyokong kepada parti yang dilahirkan di negeri ini sekali gus untuk parti seperti Pas atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertapak seperti 'angan-angan Mat Jenin'.

Bagaimanapun, pengundi di DUN Sungai Abong dan Maharani mengejutkan orang Melayu Johor apabila buat pertama kalinya memberi undi mereka kepada Pas yang sebelum ini hanya menang satu kerusi secara teknikal di Senggarang pada 2004.

Jadi apakah mesej yang ingin disampaikan oleh pengundi di Sungai Abong yang mempunyai 52.8 peratus pengundi Melayu manakala pengundi Melayu di Maharani 54.47 peratus. Kedua-dua kawasan itu adalah kubu kuat Umno dan pada pilihan raya 2004, kedua-dua calon BN memperoleh majoriti lebih 6,000 undi.

Bagaimanapun, ada pihak yang ingin menyejukkan kegawatan di Sungai Abong dan Maharani berhujah Pas menang sebab bantuan pengundi Cina kira-kira 42.49 peratus di Sungai Abong manakala kira-kira 43.98 peratus di Maharani. Mereka mendakwa tanpa pengundi Cina tidak mungkin Pas boleh menang di kerusi secara tradisinya kubu kuat Umno malah mereka beranggapan Pas 'tumpang kuah' kemenangan calon DAP di negeri ini.

Pas pula menyifatkan kemenangan dua calonnya itu sebagai amaran awal kepada BN khususnya Umno, supaya tidak lagi menganggap negeri ini sebagai kubu kuat kerana jika berterusan berfikiran sedemikian, ia akan melalaikan mereka.

Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Muhamad, berkata kejayaan atas pilihan rakyat itu juga petanda Pas mampu menguasai negeri ini seperti kejayaan di beberapa negeri lain.



Sebenarnya kenyataan Dr Mahfodz itu mempunyai asasnya kerana pada awal kedatangan parti itu ke negeri ini, rata-rata setiap kali pilihan raya umum diadakan calon parti itu bukan saja agak sukar untuk mendapat lebih 1,000 undi malah banyak calonnya hilang wang pertaruhan.

Bagaimanapun, berdasarkan kepada keputusan kelmarin agak mengejutkan, apabila kebanyakan calon Pas menambah undi daripada 1,000 hingga 5,000 undi. Contohnya Parlimen Mersing yang mempunyai hampir 80 peratus pengundi Melayu apabila peningkatkan undi Pas hampir sekali ganda daripada 4,469 (2004) kepada 6,384 (2008).

Kepemimpinan BN dan Umno negeri perlu mengambil keputusan rakyat ini dengan dada terbuka dan penuh insaf. Mereka perlu mencari punca kekalahan itu, adakah ada unsur sabotaj, tersilap memilih calon atau jentera pilihan raya lemah untuk berdepan dengan jentera pembangkang.

Tidak salah untuk mengatakan antara punca kekalahan dan kekurangan majoriti disebabkan terdapat ahli parti yang berpaksikan kepada 'pemimpin tertentu' sengaja mensabotaj calon BN apabila gagal bergerak untuk membantu jentera parti. Berdasarakan tinjauan dan risikan, ada bilik gerakan tidak aktif malah bendera dan poster dibiarkan berlonggok di bilik itu kerana ahli parti terbabit sengaja tidak mahu bergerak kerana pemimpin mereka tidak dipilih atau dipilih semula.

Pemilihan calon juga banyak menentukan sama ada pengundi bersama BN atau pembangkang. Pemimpin parti ketika memilih calon tertentu kerap melupakan 'soal penerimaan' rakyat itu lebih penting daripada 'calon yang pemimpin itu suka' dan terbukti kebanyakan calon yang kalah itu tidak disukai rakyat setempat atau pengundi tetapi maklum balas yang diberikan oleh akar umbi tidak diambil kira.

Apabila seseorang calon itu tidak disukai pengundi, mereka akan menjadi liabiliti kepada BN dan jentera parti atau pemimpin negeri terpaksa bekerja kuat untuk menyakinkan pengundi pilihan calon terbabit perlu dipilih. Akhirnya, pengundi memberi keputusan mereka tidak suka kepada calon terbabit dengan menolaknya, yang sedihnya ada antara calon itu muka baru tetapi kata putus bukan di atas mereka yang mencalonnnya, tetapi pengundi.

Soal jentera parti yang agak 'malas' untuk menambah ilmu atau mengambil berat isu yang dipermainkan pembangkang juga banyak mengubah senario pilihan raya kali ini. Kebanyakan jentera BN bergantung kepada media arus perdana untuk menyalurkan maklumat kepada pengundi tetapi mereka tidak tahu ramai pengundi yang tidak membaca akhbar atau menonton televisyen atas sebab tertentu.

Jentera pembangkang pula terus menemui pengundi memberi pelbagai hujah mengenai isu kenaikan harga barang, petrol, subsidi, sekolah percuma yang gagal dijawab oleh jentera BN secara terus seperti yang dilakukan pembangkang.

Ada jentera BN yang gagal memberi jawapan berkesan kerana mereka tidak mengetahui mengenai isu yang ditimbulkan pembangkang sekali gus sukar untuk mematahkan hujah pembangkang.

Kenyataan Johor bukan lagi kubu kuat BN sebenar agak pahit untuk ditelan ahli dan penyokong BN di negeri ini kerana hanya negeri ini kehilangan enam DUN dan satu Parlimen. Bagaimanapun, itulah hakikat yang perlu diterima, BN perlu 'memperbetulkan rumah mereka' untuk menghadapi cabaran lima tahun akan datang.

Jika empat negeri pantai barat di bawah pembangkang berjaya dalam percubaan pertama mereka memberi perkhidmatan terbaik sehingga rakyat tidak lagi perlu mengubah kerajaan, cabaran terletak kepada kerajaan BN Johor kerana dikhuatiri pengundi di sini ingin mencuba menikmati layanan seumpama itu.

Comments

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Damsyik dan Istanbul #2

Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2 Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini. 2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijam...

Hari ini?

Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala. Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan ' qarar' ,tapi tu bukan bermaksud Azhar tak ' syadid' . Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu. Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat '. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman ...