Skip to main content

TIPS MELANCONG JIMAT 2



Post sebelum ni aku dah kongsikan pasal tips-tips dan nasihat sebelum memulakan perjalanan, iaitu perkara yang perlu diselesaikan semasa di tanah air. Untuk post kali ini, aku cuba perincikan beberapa tips berdasarkan pengalaman aku sendiri.

#BEG DAN PAKAIAN

Pertama sekali korang mesti cari beg yang sesuai bergantung kepada tempat yang hendak dilawati. Dan yang paling penting ikut keselesaan korang. Jangan terlalu mengikut orang, orang nak pakai beg ni korang pun nak pakai, orang pakai beg tu korang pun nak pakai. Istilah mengembara bukan terletak pada apa yang korang pakai. Sesetengah tempat seeloknya kita gunakan backpack, tapi kalau korang ada banyak mak nenek nak bawa pakai jela suitcase. Mana-mana pun elok je. Kalau boleh korang bawa satu lagi beg tambahan bersaiz kecil untuk korang sumbat segala barang peribadi seperti dompet,pasport,kamera dan lain-lain yang penting. Jadi, bila korang keluar jalan-jalan tu tak perlu bawa beg besar. 

Yang kedua ialah pakaian. Kenal pasti dulu dimana negara yang hendak dilawati kemudian baru korang tahu apa pakaian yang sesuai dibawa. Seperti contoh, negara Turki. Turki ialah sebuah negara 4 musim, jika korang nak pergi Turki pada bulan Januari. Maka korang kena sediakan pakaian untuk musim sejuk dan kasut yang sesuai dengan cuaca pada waktu itu. Kalau korang nak pergi ke Spain pada bulan Ogos, maka korang kena sediakan pakaian yang sesuai dengan cuaca dan musim disana iaitu musim panas. Dengan pemilihan pakaian yang tepat, kita juga dapat mengurangkan beban dibahu kita. Sediakan pakaian minimum 3 pasang untuk senang korang berganti baju. Banyakkan pakaian dalam,stokin dan tidak lupa juga alatan untuk beribadat seperti kompas dan sejadah travel.

#ALATAN MANDIAN

Seeloknya sediakan peralatan mandian yang cukup, taklah nanti korang kena pinjam orang punya. Tambahan satu lagi ialah sabun basuh kain. Kadang-kadang waktu travel nanti,kita tak sempat pun nak basuh baju di kedai dobi, jadi untuk menjimatkan masa dan wang kita  basuh je di rumah penginapan ataupun hostelyang kita sewa tu.

#ALATAN KESELAMATAN

Antara alatan keselamatan yang perlu dibawa antaranya ialah padlock, sebab sebahagian hostel hanya menyediakan locker sahaja. Ada juga yang menyediakan padlock namun berbayar (sewa), jadi kita boleh menjimatkan wang dengan membawa siap-siap dari rumah. Untuk keselamatan beg pula padlock kecil masih relevan dan tambahan satu lagi ialah menggunakan pull tigh safety. Jangan sangka negara eropah orangnya baik-baik sahaja ye! Barcelona adalah antara bandar yang mempunyai pakar penyeluk poket terhebat. Kalau tak percaya cuba korang youtube.

Bersambung..

#backpackersmalaysia #kembaramalaysia #kembaraeropah #travelsuamiisteri

Comments

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Damsyik dan Istanbul #2

Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2 Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini. 2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijam...

Hari ini?

Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala. Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan ' qarar' ,tapi tu bukan bermaksud Azhar tak ' syadid' . Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu. Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat '. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman ...