Skip to main content

Damsyik dan Istanbul #2



Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2

Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini.

2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijamah. Semakin jauh perjalanan semakin aku paksa untuk tidur, buat sedap perut.

Jam 9 pagi kami sampai di stesen bas Damsyik. Riak muka masing-masing mula mengukir senyuman walaupun perut masih kelaparan. Cuaca pagi di Damsyik sangat menyegarkan. Sepatutnya kawan Munif, Farid yang akan jemput kami tapi dia masih tak muncul lagi. Kami pun tak tahu nak buat apa terus cari pemandu teksi disitu dan beritahu nak pinjam telefon. Panggilan kami berjawab dan Farid akan sampai tak lama lagi. Tapi pemandu teksi tu caj kami lebih kurang 50 Lira Syria untuk panggilan 3 minit sahaja. Nak tak nak kami terpaksa bayar sebab dah guna telefon dia.

Tak lama setelah itu, Farid pun tiba dengan seorang lagi kawannya bernama Basil, seronok bukan main sebab perjalanan panjang kami dari Mesir akan berakhir sebentar sahaja lagi. Kami terus beredar dengan menaiki 2 buah teksi berwarna kuning. Jalan disini lebih kurang sahaja dengan di Mesir,jalan yang sibuk dengan kenderaan tapi nampak lebih 'senyap' sikit berbanding Mesir.

Dari segi perbezaan memang jelas ketara antara Mesir dan Syria. Dari segi wajah, bentuk badan,warna kulit dan lain-lain lagi. Orang Syria kebanyakkannya tak tinggi sangat. Badan pun halus sikit berbanding orang Mesir,kulit mereka lebih cerah. Kalau orang Mesir,badannya nampak lebih sasa dan keras dan berambut keriting, tapi orang Syria ramai berambut lurus. Orang Syria pula matanya bermacam-macam warna, ada biru,hijau dan coklat. Mesir pun ada tapi tak ramai. Masyarakat di Damsyik ni pun bermacam, paling ketara di sini ada 2 fahaman,iaitu sunni dan syiah. Disini sangat mudah untuk melihat orang arab bertatu. Kalau bertatu kami 'assume' diorang ni mesti syiah tak pun nasrani. Bandar Damsyik memang dari dulu lagi terkenal menjadi tempat berkumpul bermacam golongan dan fahaman. Jadi tak hairan kalau di Damsyik ni banyak kawasan penempatan Islam,Kristian dan Yahudi.

Disebabkan Damsyik ni adalah bandar yang sangat lama,malah dah berusia ribuan tahun pun. Jadi kesan peninggalan dan juga binaan lama dapat kita lihat disini. Rumah-rumah dibina dengan batuan lama, terletak pula dalam kawasan yang sempit. Seperti rumah sewa Farid sendiri pun usianya waktu itu sudah mencapai 100 tahun dan mungkin lebih. Pada aku walaupun nampak lama tetapi kawasan seperti ini sangat menarik, ada 'value'.

Kami berempat kemudiannya ditempatkan di rumah sewa Basil. Sampai sahaja di rumah, kami dihidangkan dengan 'Safihah', sejenis roti yang dilempeng seperti pizza ditabur dengan daging kambing,rempah ratus dan dibakar. Nikmatnya Allah sahaja yang tahu, bayangkan lebih kurang seharian tak makan. Melantaklah kami sepuasnya sambil bercerita dan dihidangkan pula dengan teh disaat musim sejuk begini.

Bila sampai di Damsyik segala kepenatan kami hilang. Lepas makan pagi, kami ambil masa untuk mandi dan berehat sekejap. Pada waktu petang, kami terus minta Farid bawa kami tukar duit dan jalan-jalan ke 'bundle'. 'Bundle' disini boleh tahan banyaknya. Kalah 'Abou 3alaq' di Kaherah.

Melihat kami bersemangat petang tu, Farid pun jadi pelik sebab tak nampak kami macam letih. Teruja sangat baru sampai tempat baru,kalau tak jalan rugi la kan. Rumah kami tu tak jauh pun dengan bandar, sebab memang pelajar Malaysia disini menyewa di kawasan berdekatan. Umpama menyewa rumah di kawasan Hussien dan Attabah kalau di Mesir. Disini 'landmark' paling terkenal ialah Masjid Umawi, untuk sampai kesini dari rumah sewa hanya berjalan kaki selama 10-15 minit sahaja.

Rumah yang kami tumpang terletak di Souq Sarijeh. Betul-betul di tengah bandar Damsyik. Untuk sampai ke rumah sewa mereka, kami perlu melintasi kawasan pasar terlebih dahulu, setiap kali nak masak senang sahaja sebab pasar sangat dekat. Kemudian kami perlu menelusuri celah-celah bangunan dan kawasan kejiranan seterusnya melalui jalan sempit sebelum sampai ke rumah.

Sebelum aku pergi jauh lagi, aku nak perkenalkan antara watak penting sepanjang keberadaan kami di Damsyik antaranya Faruq, Basil, Farid, Faiz,Amir,Lukman dan lain-lain yang akan aku sebutkan nama mereka.

Pertama Farid,dia ni kawan kepada Munif, bertubuh tinggi, sentiasa segak berbaju kot labuh ala-ala korea, memang 'smart'. Dia agak pendiam,tapi bila mula bercerita ada sahaja yang nak dikongsikan.

Kedua, Faruq seorang yang ceria,'korean look' dengan rambut panjang. Faruq ni sangat rajin memasak, tapi kuat mengomel. Perwatakannya lembut,sebab tu kami panggil dia 'mama'.

Seterusnya Basil, berbadan sedikit gempal, dia ni kalau buka mulut, tak tau nak beza dia ni orang Malaysia ke Syria. Dia punya sembang dengan arab macam air. Kalau nak tahu, arab Syria ni bila bercakap seolah-olah berat nak buka mulut. Bunyi keluar tapi mulut seolah tak bergerak.

Kemudian Faiz,abang kepada Faruq. Seorang yang agak 'cool'. Faiz jarang dapat luangkan masa dengan kami, tapi seketika kami dapat juga duduk berborak. Satu fakta, walaupun mereka adik- beradik tapi wajah mereka ni tak nampak seiras.

Seterusnya Lukman, dia ni abang kepada Farid. Kami pun jarang dapat sembang lama dengan Lukman, mungkin sibuk sikit dengan kelas dan aktiviti persatuan.

Dan ada watak lain seperti Amir,rumah dia dengan kami hanya selang beberapa buah rumah sahaja. Bak kata Faruq, Amir ni umpama ahli mesyuarat tingkap. Selalu dia akan datang singgah di rumah. Amir ni sangat la meraikan kami disini dan selalu bawa kami jalan-jalan. Diorang ni semua kebanyakkannya datang dari negeri utara, jadi bila menyembang tu riuh la sekampung. Seronok sangat dapat menumpang rumah diorang, tak kering gusi.

Bercerita tentang rumah sewa disini. Sewa rumah akan dibayar mengikut kiraan dolar amerika. Jadi harga sewa rumah ni kalau dihitung mahal sebenarnya. Tapi yang menariknya, rumah diorang ni bukan macam 'syaqah' (apartment) di Mesir. Rumah disini teres 2 tingkat, tapi teres lama yang bersambung dalam kota Damsyik. Bahagian bawah rumah ada 1 bilik (bilik Faiz), dapur dan tandas. Dan dibahagian atas ada 2 bilik (bilik Farouk dan bilik Basil) dan juga ruang tamu.

Di bahagian ruang tamu tak ada bumbung, jadi kalau hujan atau salji akan terus jatuh ke kawasan tu dulu, aku suka konsep macam ni, sangat privasi. Satu keunikan di sini ialah, karpet lantai dijadikan langsir untuk menahan angin sejuk lebih-lebih lagi waktu musim 'syitaa' (dingin). Cuma yang tak 'best'nya, disini ada catuan air dan penggunaan elektrik.

Setiap hari elektrik akan 'off' selama lebih kurang 1 jam. Dan penggunaan air pula hanya pada waktu malam sahaja, kalau nak guna air waktu siang kita kena tadah siap-siap. Pernah satu ketika aku tak tahan sangat nak membuang, jadi aku terpaksa pergi ke tandas awam. Tandas awam di sini bersih, pengudaraan pun bagus dan sangat selesa. Tandas awam atau Hammam menjadi perkara biasa disini.

Pemanas (sakhanah) dirumah ni masih menggunakan sistem titisan minyak, selagi ada minyak selagi tu dia akan membakar. Silap pasang 'sakhanah' tu alamatnya makan asaplah dalam rumah.












Comments

Malkisideeq said…
salam..aku suka post nih..amat suka..tahniah utk kita suma..keep rocking dudee!!! :P
Anonymous said…
ha2..pics anda poyo!

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Kasihan pada pengikut Syiah

Bismillahhirrahmanirrahim.. Sambil-sambil search kat google,terselak kat ruangan yang hangat bincangkan tajuk Syiah di Malaysia. Aku rasa benda ni bukan benda baru,tapi sekarang ni baru nak panas sampai ke pihak media. Setakat ni baguslah,respon dari masyarakat pun positif. Aku cuma kesiankan puak yang menyokong syiah. Untuk pengetahuan kalian-kalian yang dok taksub sangat dengan ajaran ni,inilah ajaran yang boleh disamakan dengan ajaran ayah pin. Maksud aku fahaman syiah yang taksub dengan ahli bait (keturunan Saidina Ali). Tapi bukan semua fahaman syiah ni sesat,seperti yang korang semua tau. Syiah ni pun terpecah kepada 72 kumpulan. Ada yang betul dan ada yang terpesong. Tapi yang jelas,golongan yang terpesong inilah yang selalu cari pasal. Masing-masing dah faham agama,terpulang pada korang nak pilih yang mana. Ulama' pun dah banyak kali cakap pasal ni. Korang jangan main-main. Ini tentang akidah,perkara asas dalam i'tikad dalam iman.

Butterton 2018 #3

Keesokkan paginya setelah selesai solat subuh, kami cergas bangkit untuk sarapan. Setelah itu kami pun bersiap dan mengemas untuk meninggalkan Butterton. Walaupun hanya sempat untuk 1 malam sahaja di sana namun itu cukup untuk kami menenangkan minda dan berehat. Setelah meninggalkan Butterton amatlah rugi kalau kami terus pulang ke London. Jadi aku pun 'google' lokasi mana yang kami boleh singgah, sekurangnya-kurangnya sambil menyelam minum air. Lagipun kami kena hantar kereta sebelum jam 8 malam. Maka aku cadangkan untuk ke Leicester. Sebabnya hanya satu ialah kami nak ke stadium keramat King Power. Perjalanan dari pekan Leek taklah begitu lama,hanya sekitar 1 jam 25 minit sahaja,hampir tak terasa pun sebab sibuk kami berborak dan mendengar lagu. Oh, sebelum tu kami singgah sebentar di pasar ahad di pekan Leek,tapi takda apa yang menarik hanya sekadar menyinggah. Sesampainya di Leicester kami terus ke Stadium King Power, seingat aku kami sampai dalam jam 11 ...