Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2008
Ani -- Saya Atta -- Kamu (Lelaki) At -- Kamu (perempuan) Ho -- Dia (Lelaki) He -- Dia (Perempuan) Anahnu-Aanu -- Kami Atem -- Kamu semua (Lelaki) Aten -- Kamu semua (Perempuan) Hem -- Mereka (Lelaki) Hen -- Mereka (Perempuan)
YAHUDI Kalimah Yahudi dinisbahkan kepada anak yang ke-4 bagi Nabi Yaaqob A.S yang bernama Yahouza dan ia merupakan salah satu daripada puak-puak Bani Israel. Gelaran ini mula terkenal selepas daripada keruntuhan kerajaan Yahouza pada tahun 586 sebelum masihi. Kemudian kalimah Yahudi diitlakkan kepada mereka yang menganut agama yahudi atau agama Musa. Menurut pengarang kitab Milal dan Nihal :yang menjelaskan makna Yahudi ialah "Yahudi adalah agama yang dianuti oleh kaum Bani Israel semenjak dari zaman Musa A.S. Ini diambil dari kata-kata Nabi Musa A.S "Sesungguhnya kami kembali kepada-Mu wahai tuhan" . Mereka adalah umat Nabi Musa A.S dan kitab suci mereka bernama Taurat. IBRANI Adapun makna kalimah Ibrani ialah nama bagi kabilah yang sampai nasabnya kepada Saam Bin Nuh. Daripadanyalah terbentuk sebuah ummah yang besar dinamakan keturunan Saam. Terdapat 8 jenis bangsa yang lahir daripada keturunan Saam iaitu Ashour,Babil,Finique,Aram,Kan`an,Kaldan,Ibrani dan Masri. Terda...

Jadual Imtihan Tahun 2 Fakulti Bahasa Arab (Mansoura)

18May2008- Nusus 20May2008- Balaghah 22May2008- Awzan Syair 25May2008- Nahu 27May2008- Tafsir 29May2008- Al-Quran 1Jun2008- Sorof 3Jun2008- Qoah Bahas 5Jun2008- Tarikh Alam 9Jun2008- Syafawi Al-Quran 15Jun2008- Syafawi Nusus Doakan kami penuntut tahun 2 Fakulti Bahasa Arab berjaya dalam imtihan kali ini,dan doakan kami naik tahun 3,insyaALLAH. Ya Allah permudahkan kami untuk menjawab dan berjaya dalam imtihan di dunia dan di akhirat.

Pejuang bahasa

Jam mula menunjukkan pukul 11.25 malam,mata pun menunjukkan tanda mahukan rehat disamping badan mula ringan untuk tidur. Tapi risau dalam hati takkan hilang sehinggalah esok hari,untuk pengetahuan kalian 12Mei 2008 pukul 10pagi penulis akan menduduki imtihan yang pertama iaitu syafawi Nahu,bimbang juga dengan soalan-soalan yang mungkin doktor soal. Rasa macam sudah baca semua tapi bimbang terlupa takrif-takrif. Kucuba kuatkan hati ini,insyaALLAH tuhan akan berikanku kekuatan untuk menempuhi ujian yang mendatang. Sebagai hamba-NYA yang lemah ini selagi kita bersangka baik dengan Allah,selagi itu DIA juga akan bersama kita juga. Walaupun madah Nahu agak berat dikalangan pelajar,aku harap ini tidak akan melemahkan semangat pejuang-pejuang bahasa. Dan sebab itu juga aku gagahkan diri ini untuk berani mengambil fakulti bahasa arab,walaupun ku tahu `kehebatannya`. Makin lama belajar makin suka,maklumlah ilmu nahu ini banyak menggunakan kaedah dan semua tanda-tanda dalam ayat mesti berseba...

Contengan: Mara lagi..

Assalamualaikum,ermm aku nk kongsi sikit la kan kegembiraan aku bila tgk pasukan kesukaan aku Chelsea dapat pegi final Champions League 2008,,huh. Bangga giler aku,sebab tgk Chelsea main semangat giler,pastu gol pulak yg smart2. Sebelum tu kan Benitez coach Liverpool tu dia kutuk stail Drogba main,dia kata la yg Drogba selalu main tipu jer,tp xper la. Mlm tu aku tgk Drogba buktikan yg dia ni xla mcm yg Benitez tu kata. Gol yg dia bagi pun mmg gol yg menakjubkan. Pastu satu lg,rasa mcm terharu jugak dengan semangat Frank Lampard yg sungguh2 main nk masuk Final,maklumla dia tu baru jer kehilangan mak dia Pat. Lepas dia score penalti tu,dia terus jer cium lilitan hitam tanda berkabung. Apa-apa pun tahniah pada Chelsea,dan buktikan lagi pada Final nih..