Skip to main content

Pejuang bahasa


Jam mula menunjukkan pukul 11.25 malam,mata pun menunjukkan tanda mahukan rehat disamping badan mula ringan untuk tidur. Tapi risau dalam hati takkan hilang sehinggalah esok hari,untuk pengetahuan kalian 12Mei 2008 pukul 10pagi penulis akan menduduki imtihan yang pertama iaitu syafawi Nahu,bimbang juga dengan soalan-soalan yang mungkin doktor soal. Rasa macam sudah baca semua tapi bimbang terlupa takrif-takrif. Kucuba kuatkan hati ini,insyaALLAH tuhan akan berikanku kekuatan untuk menempuhi ujian yang mendatang. Sebagai hamba-NYA yang lemah ini selagi kita bersangka baik dengan Allah,selagi itu DIA juga akan bersama kita juga.

Walaupun madah Nahu agak berat dikalangan pelajar,aku harap ini tidak akan melemahkan semangat pejuang-pejuang bahasa. Dan sebab itu juga aku gagahkan diri ini untuk berani mengambil fakulti bahasa arab,walaupun ku tahu `kehebatannya`. Makin lama belajar makin suka,maklumlah ilmu nahu ini banyak menggunakan kaedah dan semua tanda-tanda dalam ayat mesti bersebab,dan sebab itu juga bahasa arab menjadi antara bahasa yang sukar dipelajari. Dan hikmah Allah menjadikan bahasa arab khusus untuk orang islam supaya Al-Quran memerlukan penelitian yang khusus disegi bahasanya.

Comments

Popular posts from this blog

Perasaan

Hari ni aku bertarung dengan perasaan aku sendiri, aku tak mampu untuk meluahkan pada sesiapa. Ataupun perasaan ini hanya aku seorang yang merasainya. Maafkan aku kerana tak mampu untuk luahkan, bukan tak sudi tapi aku sendiri tak tahu bagaimana mahu mengungkapkannya. 

TIPS MELANCONG JIMAT 2

Post sebelum ni aku dah kongsikan pasal tips-tips dan nasihat sebelum memulakan perjalanan, iaitu perkara yang perlu diselesaikan semasa di tanah air. Untuk post kali ini, aku cuba perincikan beberapa tips berdasarkan pengalaman aku sendiri. #BEG DAN PAKAIAN Pertama sekali korang mesti cari beg yang sesuai bergantung kepada tempat yang hendak dilawati. Dan yang paling penting ikut keselesaan korang. Jangan terlalu mengikut orang, orang nak pakai beg ni korang pun nak pakai, orang pakai beg tu korang pun nak pakai. Istilah mengembara bukan terletak pada apa yang korang pakai. Sesetengah tempat seeloknya kita gunakan backpack , tapi kalau korang ada banyak mak nenek nak bawa pakai jela suitcase. Mana-mana pun elok je. Kalau boleh korang bawa satu lagi beg tambahan bersaiz kecil untuk korang sumbat segala barang peribadi seperti dompet,pasport,kamera dan lain-lain yang penting. Jadi, bila korang keluar jalan-jalan tu tak perlu bawa beg besar.  Yang kedua ialah pakaian....

'Tsunami' pilihanraya gelombang rakyat

Rekod bersih jadi kebanggaan BN Johor selama 50 tahun mula tercalar SIFAR pembangkang yang dilaungkan Barisan Nasional (BN) Johor gagal dicapai pada Pilihan Raya Umum Ke-12 kelmarin, malah buat kali pertama selepas 50 tahun negara merdeka, rekod bersih BN Johor yang selama ini menjadi kebanggaan mula tercalar. Tidak pernah dalam sejarah negeri ini parti pembangkang boleh memperoleh lebih daripada enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terutama di kawasan pengundi Melayu yang secara tradisinya kubu kuat parti Umno. Malah cakap-cakap pilihan raya di Johor ini, jika calon BN terutama datang dari Umno itu adalah 'batang pisang', pasti akan menang kerana kekuatan parti itu tidak boleh diganggu gugat kerana begitu taksub orang Melayu mengundi calon Umno atau BN sudah tidak boleh diterima lagi. Pas yang mula cuba melebarkan pengaruhnya secara agresif pada sekitar 1990-an di negeri ini agak sukar untuk menembusi kubu kuat Umno itu kerana rata-rata orang Melayu di neg...