Skip to main content

Semangat..




Malam itu Shareez menelefonku,katanya mahu ke Jawazat bersamaku keesokkan hari. Setelah habis berbual aku bertanya tentang keputusan perlawanan bolasepak euro2008. Sepatutnya aku mesti menonton perlawanan tersebut,oleh kerana pasukan Turki yang aku minati bertarung pada malam itu. Entah kenapa aku merasa begitu penat untuk melangkah ke rumah teman yang lain. Dirumahku tiada siaran perlawanan bola sepak kerana masih tidak menyambung wayar,bukan tak boleh tetapi semua kerja memerlukan wang jadi aku tangguh dahulu untuk sambung wayar televisyen. Tersentak aku sekejap,apabila Shareez mengatakan Turki menang ke atas Rep.Cech 3-2,walhal Rep.Czech awal-awal lagi sudah mendahului 2-0.

Ini yang dikatakan nasib,bola itu bulat maka setiap inci dan detik perlawanan begitu berharga. Aku begitu bangga kerana pasukan Turki hanya memerlukan 15 minit untuk bangkit menewaskan Rep.Czech. Bila aku tonton semula ulangan perlawanan itu,aku dapat rasakan semangat yang membara dikalangan pemain-pemain Turki. Dari riak wajah mereka tergambar hasrat mahukan kemenangan,aku teliti setiap percubaan mereka. Setiap kali bola yang dituju tidak mengenai sasaran,jelas kekecewaan itu. Aku begitu mengagumi mereka. Nihat Kahveci dan Arda Turan,dua individu yang bertanggungjawab membawa Turki ke suku akhir. Aku begitu tertarik dengan Nihat,setiap langkahnya begitu berhati-hati mungkin dia juga mahu setiap gerak gerinya itu member makna pada pasukannya. Dia juga bertanggungjawab kerana sebagai ketua pasukan,tugas membawa pasukan pergi lebih jauh dalam pertandingan ini mesti dilaksanakan.

Itulah sedikit sebanyak tentang kejayaan pasukan kesayanganku Turki ,disebalik tumbangnya Rep.Czech teringat aku akan pasukan yang pernah ku sertai pada tahun pertamaku di Mesir ini. Pertama,apabila aku menyertai pasukan Mansoura pada Piala Ukhwah ketika musim sejuk. Dan kedua,apabila aku bermain untuk Mansoura pada Piala Malaysia musim panas 2007. Dua pertandingan ini begitu bermakna padaku,tak mungkin aku lupakan kerana kami dikalahkan pada saat-saat akhir. Sama keadaannya dengan Rep.Czech. Hampir aku tak dapat terima keadaan itu,kedua-dua perlawanan itu kami sudah mendahului 2-0,tetapi takdir tuhan melebihi segalanya. Aku terfikir mungkin keadaan ini tak akan berlaku lagi,rupa-rupanya Piala Presiden 2008 membangkitkan kembali memori hitam itu,apabila kami tewas penalti kepada pasukan Dumyat. Walaupun sebelum bermula perlawanan itu,kami dijangka menerima laluan mudah.

Inilah permainan bola sepak,tiada siapa boleh menduga bagaimana keputusannya. Walaupun prestasi sesebuah pasukan berbeza tetapi dalam padang semuanya sama. Hanya dengan semangat berpasukan kita boleh memiliki kemenangan. InsyaALLAH.

Comments

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Damsyik dan Istanbul #2

Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2 Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini. 2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijam...

Hari ini?

Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala. Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan ' qarar' ,tapi tu bukan bermaksud Azhar tak ' syadid' . Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu. Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat '. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman ...