Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2008

Kusut

Suasana pagi seakan kelam,sunyi sepi rumah seakan tiada penghuni..mata ini perlahan terbuka,berat rasanya mahu meninggalkan kamar. Dari semalaman lagi badan terasa berat,entah kenapa begitu penat sangat. Perlahan-lahan aku bangkit..begitu sakit tulang belakangku,ahhh.. dari dulu lagi aku mudah terasa sakit di bahagian belakang. Selesai sembahyang subuh aku mencapai senaskah al-quran..ku cuba mengingati ayat-ayat suci yang telah ku hafal sebelum ini. Tapi tak boleh lama,hanya sebentar saja..kemudian aku letakkan semula di atas meja. Bukan senang untuk menjaga ayat-ayat ALLAH ni,perlukan pada kesucian hati.. Al-Quran bukanlah mudah dihafal lagi-lagi bila kita mahu mengulangnya,tak seperti bait-bait syair. Aku tak sedari perkara ni sebelum sampai ke sini,tapi dengan pengalaman pengajian di Mesir ini baru ku mengerti.. Hari-hari yang berlalu banyak mengajar ku erti susah senang,bukan mudah untuk mencapai apa yang diinginkan,terkadang kita berasa untung bila berada di atas tapi janganlah...