Skip to main content

Kusut


Suasana pagi seakan kelam,sunyi sepi rumah seakan tiada penghuni..mata ini perlahan terbuka,berat rasanya mahu meninggalkan kamar. Dari semalaman lagi badan terasa berat,entah kenapa begitu penat sangat. Perlahan-lahan aku bangkit..begitu sakit tulang belakangku,ahhh.. dari dulu lagi aku mudah terasa sakit di bahagian belakang. Selesai sembahyang subuh aku mencapai senaskah al-quran..ku cuba mengingati ayat-ayat suci yang telah ku hafal sebelum ini. Tapi tak boleh lama,hanya sebentar saja..kemudian aku letakkan semula di atas meja. Bukan senang untuk menjaga ayat-ayat ALLAH ni,perlukan pada kesucian hati..Al-Quran bukanlah mudah dihafal lagi-lagi bila kita mahu mengulangnya,tak seperti bait-bait syair. Aku tak sedari perkara ni sebelum sampai ke sini,tapi dengan pengalaman pengajian di Mesir ini baru ku mengerti..

Hari-hari yang berlalu banyak mengajar ku erti susah senang,bukan mudah untuk mencapai apa yang diinginkan,terkadang kita berasa untung bila berada di atas tapi janganlah sentiasa menyangka kita akan kekal di sana. Cuba memaksa diri untuk terima kenyataan yang pahit itu akan melintas juga di depan kita. Sehebat mana pun diri ini,pasti akan diuji..hebat mana pun manusia itu akan rasai juga perit sakit,akan mencium juga tajamnya maut. Tapi apa yang diharapkan kekuatan diri,apakah mampu untuk menerimanya. Ya ALLAH kurniakanlah kami kekuatan agar dapat mengharungi segala kekusutan dunia ini,memang tak dapat kami elak tapi sekurang-kurangnya dapat kami uraikan agar dipermudahkan perjalanan ini.

Comments

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Damsyik dan Istanbul #2

Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2 Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini. 2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijam...

Hari ini?

Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala. Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan ' qarar' ,tapi tu bukan bermaksud Azhar tak ' syadid' . Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu. Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat '. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman ...