Skip to main content

Hujan




Gerak kaki ini pantas menuruni anak tangga,lincah bagai menuruti irama lagu. Tenang petang ini menyenangkan hatiku. Aku terus melangkah di atas jalan penuh lecah. Sebentar tadi semasa menunaikan solat Jumaat,hujan lebat membasahi bumi Mansurah ini. Tersenyumku seketika, dah nak masuk musim sejuk,bisik hatiku. Maklumlah bukan senang bumi Mesir ini bermandi hujan. Sekali-sekala air turun dari langit ini,membuat kanak-kanak arab riang gembira bermain hujan. Riuh masjid tadi dengan suara mereka.

Kemana harus ku tuju? persoalan bermain di fikiran. Baru sahaja melangkah ke jalan besar,hujan kembali lebat. Ah,aku kena mencari tempat berlindung..hujan turun mencurah-curah. Tenang aku di depan kedai telefon menanti hujan reda. Sambil melipat hujung kaki seluar,aku tersenyum lagi. Indahnya bumi ini disirami hujan nimat tuhan pencipta alam..teringat kenangan semasa kecilku di Malaysia. Sering bermain bola ketika hujan,manakan tidak..waktu bermain paling indah itu harusku isi..tapi bila sampai dirumah,rotan sedia menerima habuannya. Aku dan angah masing-masing pucat lesu..tak mengapalah. Waktu kanak-kanak hanya sekali,pengalaman begitu memang mengasyikkan..
Tak lama kemudian hujan kembali reda,sekadar gerimis. Aku mula berlari-lari anak menuju ke rumah sahabatku Md.Nor,dia mengajakku ke rumah terbuka seorang sahabatku di sini. Pantas ku menyusun langkah,bimbang terjatuh. Dari jauh kelihatan seperti pelajar melayu. Oh,azizi dan isterinya..terus kuberlari melintasi mereka,sekadar senyum yang ku hemburkan..dia terus menyapaku,tapi sedikit pun aku tak dapat fahami.

Lega hatiku bila memijak anak tangga rumah Md.Nor,sekurang-kurangnya aku sudah melepasi halangan pertama sebelum perut ini,dihidangkan dengan makanan percuma. Alhamdulillah.

Comments

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Damsyik dan Istanbul #2

Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2 Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini. 2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijam...

Hari ini?

Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala. Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan ' qarar' ,tapi tu bukan bermaksud Azhar tak ' syadid' . Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu. Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat '. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman ...