Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2008

Aduhaii Nikon D40x

Assalamualaikum,alamak dah berhabuk la blog ni..lama tak menjengah. Dah 2 malam aku tak dapat lelapkan mata dan dapat tidur dengan secukupnya. Selama 2 malam itu la aku sibuk menghubungi orang di Malaysia,hanya dengan tujuan bertanyakan tentang kamera idaman,, Nikon SLR D40x. Macam-macam website aku terjah,kena cari juga alang-alang duit sedang "membesar". Aku rasa macam waktu ni paling sesuai. Nasib baik la Nisa sudi membantu. "Terima Kasih Nisa". Kesian pun ada dengan Nisa. Selagi tak dapat apa yang aku hajati selagi itu la terbayang-bayang dalam kepala. Kalau dah minat,memang tak boleh nak dielakkan lagi. Kena dapatkan juga. Aku memang nak sangat kamera Nikon ni dari dulu lagi,tapi tak tahu kat "lubang" mana nak dapat yang murah punya. Teruja tengok gambar kawan-kawan dalam website Flickr ,hati siapa yang tak terbakar kan? Alhamdulillah malam terakhir penjelajahan maya aku,ramai yang memberi respon tentang kemera ni. Tapi timbul "taraddud" pu...

Derma

Assalamualaikum, untuk posting kali ini,saya hanya mahu mengiklankan kepada kalian tentang usaha yang ayah saya sedang jalankan,iaitu ingin membina sebuah sekolah agama di Hulu Langat. Sekolah Menengah Agama Tinggi Al-Rahman yang telah beroperasi sejak 2004 di Bandar Tun Hussien Onn,Cheras. Telah menerima pelajar dari peringkat tadika,rendah dan menengah. Disebabkan pengambilan pelajar yg kini semakin meningkat,sekolah terpaksa mencari tapak yang sesuai untuk keselesaan pelajar. Oleh kerana bangunan lama hanya digunakan untuk kuantiti yang terhad dan hanya menyewa di kawasan rumah kedai. Ayah telah pun mendapat sebuah tanah di Hulu Langat awal tahun ini. Kerja mengukur tanah telah pun bermula,dibantu oleh beberapa saluran kewangan yang terhad. Dan kos untuk pembinaan sekolah mungkin menelan belanja sebanyak 2juta ringgit dan kemungkinan akan meningkat. Oleh kerana perkara ini menelan belanja yang agak tinggi,tak termampu untuk ayah membangunkan sendiri disebabkan faktor kewangan. Oleh ...

Urusan selesai

Alhamdulillah selesai sudah urusan pendaftaran kuliah,sebelum menjejak kaki menuju ke kuliah aku sudah bersemangat untuk tahun ini,mahu bersungguh-sungguh belajar. Bertekad mahu menjadi seorang penterjemah bahasa arab itu harapanku. Mahu menjadi kebanggaan orang islam. Selesai membeli kitab-kitab kuliah,aku menjenguk ke kuliah. Hari ini begitu ramai pelajar-pelajar,tak tahu kenapa. Tapi aku sempat menjeling ke arah bahagian belakang. Patut la,berpusu-pusu penuntut mahu mendapatkan ` Sim Card ` percuma..hadiah dari Mobinil. Ramai kawan arab yang ku jumpa,masing-masing merinduiku dan bertanyakan khabarku. Mereka semua begitu ramah denganku. Walaupun hari ini bukanlah hari pertama pengkuliahan tapi mungkin kerana hari ahad sebagai hari permulaan di sini. Masing-masing mengambil kesempatan untuk menyelesaikan urusan masing-masing. Teringat pula tentang Nadiah,bila pula dia akan di` tauzik `kan. Harap-harap dia biasa dengan keadaan Mesir dan masyarakatnya. Minggu lepas aku baru pul...

Port Said

Travel Band Group Travel Boy with The Colombian White Gattuso with Junior Messi The Colombian with Junior Messi Alhamdulillah selamat semuanya,itu yang dapat kuungkapkan,apabila perjalanan kami ke Port Said selamat tanpa ada masalah. Port Said memang terkenal dengan kawasan lubuk pakaian terpakai dari luar negara. Ramai juga pelajar dari Malaysia,Indonesia dan Singapura yang aku jumpa pada hari itu. Masing-masing mahu dapatkan pakaian yang baru diturunkan dari kapal. Aku hanya mahu dapatkan jaket untuk musim sejuk, tapi rezeki. Aku beli kasut baru Adidas. Memang dah lama mengidamkan kasut tu..sekali lagi Alhamdulillah.