Skip to main content

Aduhaii Nikon D40x


Assalamualaikum,alamak dah berhabuk la blog ni..lama tak menjengah. Dah 2 malam aku tak dapat lelapkan mata dan dapat tidur dengan secukupnya. Selama 2 malam itu la aku sibuk menghubungi orang di Malaysia,hanya dengan tujuan bertanyakan tentang kamera idaman,,Nikon SLR D40x.

Macam-macam website aku terjah,kena cari juga alang-alang duit sedang "membesar". Aku rasa macam waktu ni paling sesuai. Nasib baik la Nisa sudi membantu. "Terima Kasih Nisa". Kesian pun ada dengan Nisa. Selagi tak dapat apa yang aku hajati selagi itu la terbayang-bayang dalam kepala. Kalau dah minat,memang tak boleh nak dielakkan lagi. Kena dapatkan juga.

Aku memang nak sangat kamera Nikon ni dari dulu lagi,tapi tak tahu kat "lubang" mana nak dapat yang murah punya. Teruja tengok gambar kawan-kawan dalam website Flickr,hati siapa yang tak terbakar kan? Alhamdulillah malam terakhir penjelajahan maya aku,ramai yang memberi respon tentang kemera ni. Tapi timbul "taraddud" pula,tak tau nak pilih yang mana.

Timbul lagi nama Nisa. Dengan tugas memberi pandangan dan nasihat peribadi,dia menyarankan aku Nikon D40x,katanya biar sama dengan dia. Tapi betul juga,alang-alang nak beli biar yang puas hati. Betul tak? Tapi yang paling penting biar barang tu sampai kat tangan kita.

Comments

Dr Anisah Ali said…
hehehe.
La syukra 'ala wajib epull.. =P

Merujuk pada perenggan terakhir, "katanya biar sama dengan dia..."
Kata siaaaaaapaa sebenarnyaa?? he he he. -saya tak bersalah- :P

Moga dapat apa yang dihajatkan! Ameen!!
Ada cahaya harapan! Wah wah!
atan ahmad said…
Salam, dah dapat ke DSLR tu? Dekat photoskool ade yg offer best price ke??

Popular posts from this blog

Perasaan

Hari ni aku bertarung dengan perasaan aku sendiri, aku tak mampu untuk meluahkan pada sesiapa. Ataupun perasaan ini hanya aku seorang yang merasainya. Maafkan aku kerana tak mampu untuk luahkan, bukan tak sudi tapi aku sendiri tak tahu bagaimana mahu mengungkapkannya. 

TIPS MELANCONG JIMAT 2

Post sebelum ni aku dah kongsikan pasal tips-tips dan nasihat sebelum memulakan perjalanan, iaitu perkara yang perlu diselesaikan semasa di tanah air. Untuk post kali ini, aku cuba perincikan beberapa tips berdasarkan pengalaman aku sendiri. #BEG DAN PAKAIAN Pertama sekali korang mesti cari beg yang sesuai bergantung kepada tempat yang hendak dilawati. Dan yang paling penting ikut keselesaan korang. Jangan terlalu mengikut orang, orang nak pakai beg ni korang pun nak pakai, orang pakai beg tu korang pun nak pakai. Istilah mengembara bukan terletak pada apa yang korang pakai. Sesetengah tempat seeloknya kita gunakan backpack , tapi kalau korang ada banyak mak nenek nak bawa pakai jela suitcase. Mana-mana pun elok je. Kalau boleh korang bawa satu lagi beg tambahan bersaiz kecil untuk korang sumbat segala barang peribadi seperti dompet,pasport,kamera dan lain-lain yang penting. Jadi, bila korang keluar jalan-jalan tu tak perlu bawa beg besar.  Yang kedua ialah pakaian....

'Tsunami' pilihanraya gelombang rakyat

Rekod bersih jadi kebanggaan BN Johor selama 50 tahun mula tercalar SIFAR pembangkang yang dilaungkan Barisan Nasional (BN) Johor gagal dicapai pada Pilihan Raya Umum Ke-12 kelmarin, malah buat kali pertama selepas 50 tahun negara merdeka, rekod bersih BN Johor yang selama ini menjadi kebanggaan mula tercalar. Tidak pernah dalam sejarah negeri ini parti pembangkang boleh memperoleh lebih daripada enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terutama di kawasan pengundi Melayu yang secara tradisinya kubu kuat parti Umno. Malah cakap-cakap pilihan raya di Johor ini, jika calon BN terutama datang dari Umno itu adalah 'batang pisang', pasti akan menang kerana kekuatan parti itu tidak boleh diganggu gugat kerana begitu taksub orang Melayu mengundi calon Umno atau BN sudah tidak boleh diterima lagi. Pas yang mula cuba melebarkan pengaruhnya secara agresif pada sekitar 1990-an di negeri ini agak sukar untuk menembusi kubu kuat Umno itu kerana rata-rata orang Melayu di neg...