Setelah genap 5 hari, maka kami ambil keputusan untuk meneruskan lagi perjalanan kami ke Istanbul setelah Faruq bagi kata putus tak dapat nak sertai kami ke Haalab dan kami pun terpaksa batalkan program ke Haalab. Memang pelan asal trip ni adalah untuk ke Istanbul. Tapi rupanya di Damsyik pun kami tak habis nak teroka semua lagi.
Hari yang ditentukan pun tiba dan kami buat keputusan untuk ambil bas sebelah malam supaya kami boleh sampai Istanbul pada waktu siang. Tapi waktu tu kami sendiri tak tahu berapa lama perjalanan dan tempoh masa yang akan diambil untuk sampai ke sana. Masing-masing pun agak-agak sahaja. Jam 10 malam kami tiba di stesen bas, waktu sampai di kaunter tiket kami diberitahu yang bas baru sahaja bertolak. Tapi penjual tu kata tak apa, dia akan telefon dan minta bas tu berhenti untuk tunggu kami pergi mendapatkan bas. Kami pun segera bergegas menaiki teksi. Berpeluh-peluh berlari walaupun malam tu sejuk. Alhamdulillah sampai di atas bas masing-masing ambil 2 'seat' seorang. Dalam bas pun hanya ada tak lebih dari 15 penumpang sahaja, patutlah dia sanggup tunggu kami.
Perjalanan hanya mengambil masa 5 jam sahaja untuk sampai ke sempadan Syria-Turki iaitu tempat bernama Antakya. Kami diminta turun untuk urusan cop passport. Rasa seronok bila dah dapat cop imigresen,masing-masing ambil peluang untuk bergambar disitu sebab ada bendera Turki gergasi,memang besar. Aku ingatkan kami dah sampai di Istanbul, rupanya bas yang bawa kami tu hanya sampai ke Antakya sahaja.
Kami turun di stesen bas Antakya jam 3 pagi. Keadaan sangat lengang. Cuma ada beberapa penumpang yang mundar mandir. Kami cuba mencari sesiapa yang boleh kami tanyakan berkenaan perjalanan kami yang seterusnya. Hampa bila dapat tahu bas kami hanya akan bertolak jam 12 tengahari keesokkan hari. Tiada apa yang kami boleh lakukan disitu memandangkan kedai pun masih tutup, kami hanya boleh berlegar-legar sahaja. Nak tidur baring diatas bangku pun tak dibenarkan. Dah la sejuk, sebab bangku kami betul-betul menghadap pintu masuk. Setiap kali orang lalu pintu akan automatik terbuka dan angin pun menderu masuk. Sejuknya bukan kaleng-kaleng. Dah pakai jaket tebal pun tak jalan.
Waktu subuh, kami mula mencari surau. Bila masuk ke dalam surau rupanya ramai orang yang menumpang tidur di situ. Kenapalah kami tak cari awal-awal, ruang solat ni sangat selesa. Di Syria dan Turki, bahagian bawah karpet akan diletakkan pemanas. Jadi bila kita sujud, kita akan berasa dingin. Selesa sangat sampai rasa tak nak bangun dari sujud. Selesai solat kami mula mencari sarapan, disini matawang Syria masih boleh diterima lagi. Jadi kami tak ada masalah memandangkan duit Syria masih disimpan. Matahari mula terbit dan orang ramai mula memenuhi ruang di stesen bas ni. Stesen ni kembali sibuk seperti biasa.
Jam 12 tengahari kami sudah boleh mendapatkan bas yang akan membawa kami terus ke Istanbul. Entah berapa lama pula akan sampai ke sana. Bas ini tampak lebih cantik dan moden berbanding di Syria. Kami pun mula mengatur beg di ruang simpanan dibawah. Kali ini perjalanan kami akan disertai ramai penumpang, mungkin ramai yang hendak pergi bercuti barangkali. Dalam bas tu kami berkenalan dengan seorang penumpang warga Jerman yang menetap di Istanbul, dia juga mahu pulang ke Istanbul setelah pergi bercuti ke Syria.
Tak lama selepas bas bergerak, ada 'steward' menolak troli untuk menyediakan kami makanan ringan. Antaranya air kopi,teh dan biskut. Ini bagi aku satu perkara yang sangat menarik, sebab tak merasa lagi pengalaman sebegini di Mesir. Bas pula akan berhenti setiap 2 jam di hentian rehat bagi memudahkan penumpang pergi ke tandas. Dalam bas tu sendiri sudah tersedia tandas tapi tak puas sebab agak kecil.
Sepanjang perjalanan aku mengambil peluang menghayati pemandangan di luar. Suasana ladang dan kebun terbentang luas di selatan Turki sangat menakjubkan. Lagipun malam akan menjelma awal, rugi kalau tak gunakan waktu yang ada ni. Jam 4 petang maghrib akan menjelma.
Semakin jauh perjalanan semakin aku tak selesa, perut kian mencengkam. Sepanjang malam tu, kami hanya turun beberapa kali hanya untuk ke tandas dan tak sesekali membeli makanan, sebab kami tak bawa duit lira turki. Nak bayar dengan dolar takut tak diterima lagi sebab sudah ditolak pada awalnya. Tapi nasib baik kawan Jerman tu sangat faham keadaan kami, dia belanja roti. Dia cakap kau kena makan kalau tak boleh sakit perut.
Malam terus berlalu,
Jam 9 pagi kami sampai di Istanbul. Mata terus bersinar bila bas mula melintasi Jambatan Bosphorus yang juga dikenali sebagai Jambatan Syuhada'. Kami terpaku melihat kemodenan Istanbul. Tak jauh dari situ jelas kelihatan Masjid Biru, bangunan yang besar-besar disulami dengan seni bina Marmara. Tak pernah terbayang yang kami akan sampai disini. Hilang sakit-sakit badan kami semalaman tidur dalam bas. Sedar tak sedar sebenarnya perjalanan kami dari Antakya ke Istanbul mengambil masa 18 jam untuk sampai.
Lelaki Jerman tadi mengajarkan kami cara untuk menaiki tram di Istanbul. Kami minta dia tunjuk arah untuk kami sampai ke Masjid Biru sahaja, itu pun sudah memadai. Mulanya dia tak ada masalah untuk tumpangkan kami tapi dia pula akan pulang ke Jerman keesokkan hari. Selesai mendapatkan tiket tram kami terus menuju ke stesen Sultanahmet. Perjalanan ke Istanbul memang kosong, kami tak sempat nak 'study' betul-betul. Sampai sahaja disini kami masih belum tahu dimana untuk mendapatkan penginapan.
Maka tersadailah kami didepan Masjid Biru. Kami melepaskan lelah menggendong beg yang berat,sambil makan 'bagel' yang sempat Yasier beli di stesen tram. Aku 'snap' beberapa keping gambar sambil lalu. Macam tak percaya akhirnya kakiku sampai juga ke bahagian eropah.
Hilang sahaja penat kami cuba untuk sambung berjalan mencari hostel penginapan kalau ada. Baru sahaja hendak melintas jalan, ada seseorang dari seberang jalan menjerit kearah kami.
"Hotel?"
"Hotel?"
"Hotel?"
"How many of you? four?" Dia cuba mendapatkan kepastian.
I have hotel, only TL25 per night, for second and third night only TL20.
Kami bersetuju, mamandangkan harga yang ditawarkan agak menarik, tambahan pula kami dah penat sangat. Berkali-kali aku minta kepastian suapaya tak di'scam'. Risau juga kalau kena tipu. Tukaran matawang agak tinggi sebab tu aku berhati-hati. 1 lira turki bersamaan 3 ringgit. Nak berbelanja lebih pun kena fikir 2-3 kali.
Kami terus dibawa ke hotel. Agak jauh juga berjalan lebih kurang 15 minit ke kawasan penginapan yang berhampiran dengan laut. Patutlah murah,sebab susah kot pelancong nak sampai ke situ. Kami tiba di hotel dan diberikan bilik. 2 orang untuk satu bilik. Pada aku sangatlah berbaloi,tak risau untuk berkongsi dengan orang lain. Aku berkongsi bilik dengan Yasier dan Shareez sebilik dengan Munif.
Ini pengalaman pertama aku ber'backpakers' banyak benda yang aku belajar. Antaranya aku kena bersedia dengan sedikit kesukaran. Duit digunakan bila perlu sahaja. Sepanjang tinggal di hotel ini, kami dapat jimat banyak. Sarapan yang disediakan sangat-sangat membantu dan kami tak perlu risau untuk cari makan pagi.
Cuma kelemahan kami waktu ni ialah tentang pengurusan masa. Bila kita dalam musim sejuk,maka setiap aktiviti mesti dilakukan awal, sebab waktu malam akan jadi awal. Kami terbawa-bawa suasana di Mesir. Kami jangka malam pun akan meriah. Seingat aku paling awal kami keluar adalah pada jam10 pagi.
Disini setiap perjalanan, kami akan mulakan dengan naik tram dan terus ke penghujung. Kemudian dari hujung kami akan patah balik dengan berjalan kaki. Peta sudah pun kami dapatkan dari hotel, memudahkan lagi kerja kami. Pada hari pertama kami ke Masjid Sultanahmet dan kawasan sekitar seperti Hagia Sofia dengan hanya berjalan kaki sahaja.
Satu pengalaman menarik disini adalah ketika kami melangkah ke kawasan Masjid Biru, dengan tak semena-mena ada sekumpulan pelancong Turki menghampiri kami dan cuba menyapa, tapi kami tak dapat memahami pertuturannya. Seolah-olah sangat gembira dengan kehadiran kami kesitu lantas dipeluk dan dicium dipipi bukan sahaja pakcik, malah makcik pun turut sama.
Waktu ini sentimen anti-yah** sangat terasa. Banyak kempen memboik* serta memburukkan Israe* dilancarkan, gedung kedai penuh dengan slogan menentang keganasan. Dapat dilihat dari poster yang ditampal disetiap premis. Waktu ini Presiden Recip Tayyib Erdogan baru mencapai kemenangan dalam pilihanraya presiden.
Sepanjang berada di Istanbul, kami hanya meluangkan masa disini sahaja. Terlalu banyak perkara untuk diteroka, dari pasar ke pasar, istana dan kawasan diraja, tak ketinggalan stadium bola sepak. Ini adalah kunjungan kali pertama aku ke negara sebegini, dan pasti inilah detik yang diingati walaupun banyak negara akan dilawati kelak.
Hajat di hati mahu sahaja berlama-lama di Istanbul, namun apakan daya rezeki kami setakat ini sahaja. Tapi percayalah, sekurang-kurangnya aku akan kembali sekali lagi.

Comments
Teruskan penulisan yang baik macamni, insyaALLAH...
Moga byk beri manfaat pada pembaca.
=D
:sekadar gurauan dari ana..
(skemamanamamama).... :P
Ada lori,
Ada Bas..
Ada hari...
Saya balas.
(wagamamama)