Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2009

Bravo Barca the Catalonia

Bismillah.. Alhamdulillah,dalam sibuk menelaah kitab sempena bulan peperiksaan ini. Pelbagai kerenah yang akan berlaku,dan seperti biasa juga kelakuan penuntut akan berubah dengan mendadak akibat tekanan peperiksaan. Dalam suasana ini dapat dilihat,padang bola akan mendapat tumpuan dengan kebanjiran pemain-pemain amatur dan meja komputer juga tidak ketinggalan menjadi tumpuan permainan bola sepak alam maya. Bukan kebetulan atau dirancang,perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah juga akan berlangsung dalam bulan peperiksaan. Sejak dari tahun pertama lagi,aku sentiasa mengikuti perlawanan akhir walaupun keesokkan hari ada peperiksaan. Tahun ini pertemuan jaguh eropah Manchester United (England) dan Barcelona (Sepanyol) memang menjanjikan pertarungan yang hebat. Tapi indah khabar dari rupa permainan cantik Barcelona hanya umpama latihan petang,melihatkan corak permainan Manchester United yang terlalu berhati-hati. Dan itulah antara sebab punca kekalahan mereka yang kerap bertahan sehingg...

Besday Boy Eiga'..

Dah masuk 21 tahun dah kau..makin membesar,takpe..boleh je nak buli ko lagi..kesian semalam makan tepung,aku ingat nak jer simbah telur,tapi pikir duit rumah bulan ni semput. Kalo tak memang abis la kepala kau,pastu shampoo kompom la 2 botol..Pepehal pun 'Selamat Hari Lahir' 'Aied Milad Sanah Helwa Ya Kheribbb'...hehehe.. =P

Gambar terindah..

Bismillah.. Entah kenapa dari awal aku menangkap gambar ni,hati rasa sayang sangat. Mungkin kelakar bagi orang lain,tapi dari dulu lagi aku mahu dapatkan gambar dari sudut ini.. Puas kerana mendapatkannya dengan diri sendiri, mungkin ada nilai-nilai semulajadi yang tersendiri. Tapi sebagai jurugambar amatur,banyak lagi yang perlu aku pelajari. Kuda ni pun macam baik jer,walaupun risau kalau tiba-tiba dia mengamuk,tak tahu nak lari ke mana. Paham-paham saja kaki kuda..

Hari ini tak makan lipas lagi..

(igat..~bukan nama sebenar) (ayam goreng madu) (ikan kesayangan) Bismillah.. Alhamdulillah,akibat dari insiden semalam yang hampir meragut nyawa kami sekeluarga. Hari ini dengan penuh keazaman aku dan Zul (Dol) cuba melawan perasaan malas untuk membersihkan dapur yang selama ini dihuni oleh makhluk yang tidak diundang. Berbekalkan pengalaman sebagai pekerja profesional dalam bidang hiasan dalaman ,aku mula mengatur langkah menyusun semula posisi almari,meja dan dapur mengikut citarasa moden yang lebih elegen . Kualiti dalam penyusunan lebih diutamakan untuk memberi lebih keselesaan kepada pemasak. Dan apa yang paling penting,dapur kini tidak lagi menjadi penempatan penghuni asing. Dan keselamatan pemakanan kami akan lebih terjamin.

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Makan angin petang-petang...

Bismillah.. Waktu-waktu genting dengan peperiksaan ni,buat aku tertekan. Kebiasaan bagi semua penuntut,masa-masa ni perlu berhati-hati kerana tekanan begitu tinggi. Ruang untuk bernafas makin sempit. Tapi yang pelik waktu-waktu ini jugalah banyak aktiviti yang menarik. Dari rancangan televisyen ke internet , main bola dan sebagainya begitu menyeronokkan berbanding hari-hari lain. Dengan penuh hati-hati pembahagian masa perlu selaras,jangan leka kerana setiap detik amat bersejarah. Kadang-kadang tekanan meningkat jadi kita perlu keluar ambil angin. Oleh itu destinasi jalan-jalan petang yang sesuai adalah tepi sungai nil yang indah. Sambil berbekalkan kamera di tangan dan ditemani ahli bait yang lain,ijat (igaa`),farid (bayed),Zul (dol),Khairil (k.e) kami berjalan makan angin Mansurah ...

Sebarkannya..

Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih diberi peluang untuk menikmati sisa hidup di dunia yang seakan membenci dengan kerenah manusia yang pelbagai. Syukur kepada tuhan yang menjadikan sekalian alam kerana masih memberikan ruang untuk hambanya bertaubat dan menilai kembali hikmah dilahirkan ke dunia ini. Dalam sedar tak sedar,saya telah menetap di dunia Allah ini selama 23 tahun. Saya sendiri tidak tahu apakah hikmah kelahiran saya di bumi Allah. Adakah semata-mata untuk melakukan maksiat dan sebagainya. Selalu kedengaran cakap-cakap; "ala,nama pun manusia,mestilah ada salah dan silap" .. Tapi takkan dengan ungkapan ini memberi isyarat untuk kita sering melakukan maksiat dan terus melakukannya. Tuhan memberi akal dan fikiran untuk memilih cara hidup dan jalan kehidupan masing-masing,dan kita dibekalkan dengan hawa nafsu untuk menguji tahap keimanan masing-masing. Terkadang selalu bermain dalam fikiran,bagaimanakah nanti pengakhiran kehidupan,baik atau sebaliknya...