Skip to main content

Makan angin petang-petang...





Bismillah..

Waktu-waktu genting dengan peperiksaan ni,buat aku tertekan. Kebiasaan bagi semua penuntut,masa-masa ni perlu berhati-hati kerana tekanan begitu tinggi. Ruang untuk bernafas makin sempit. Tapi yang pelik waktu-waktu ini jugalah banyak aktiviti yang menarik. Dari rancangan televisyen ke internet,main bola dan sebagainya begitu menyeronokkan berbanding hari-hari lain.

Dengan penuh hati-hati pembahagian masa perlu selaras,jangan leka kerana setiap detik amat bersejarah. Kadang-kadang tekanan meningkat jadi kita perlu keluar ambil angin. Oleh itu destinasi jalan-jalan petang yang sesuai adalah tepi sungai nil yang indah.

Sambil berbekalkan kamera di tangan dan ditemani ahli bait yang lain,ijat (igaa`),farid (bayed),Zul (dol),Khairil (k.e) kami berjalan makan angin Mansurah...

Comments

fida yO said…
epol!!!
fida ade sebijik bju cmtu kut!!
ha2
Saiful Islam said…
serius ker?? ader t-shirt gambar nih...haishhh pelik2.

Popular posts from this blog

Perasaan

Hari ni aku bertarung dengan perasaan aku sendiri, aku tak mampu untuk meluahkan pada sesiapa. Ataupun perasaan ini hanya aku seorang yang merasainya. Maafkan aku kerana tak mampu untuk luahkan, bukan tak sudi tapi aku sendiri tak tahu bagaimana mahu mengungkapkannya. 

Sebarkannya..

Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih diberi peluang untuk menikmati sisa hidup di dunia yang seakan membenci dengan kerenah manusia yang pelbagai. Syukur kepada tuhan yang menjadikan sekalian alam kerana masih memberikan ruang untuk hambanya bertaubat dan menilai kembali hikmah dilahirkan ke dunia ini. Dalam sedar tak sedar,saya telah menetap di dunia Allah ini selama 23 tahun. Saya sendiri tidak tahu apakah hikmah kelahiran saya di bumi Allah. Adakah semata-mata untuk melakukan maksiat dan sebagainya. Selalu kedengaran cakap-cakap; "ala,nama pun manusia,mestilah ada salah dan silap" .. Tapi takkan dengan ungkapan ini memberi isyarat untuk kita sering melakukan maksiat dan terus melakukannya. Tuhan memberi akal dan fikiran untuk memilih cara hidup dan jalan kehidupan masing-masing,dan kita dibekalkan dengan hawa nafsu untuk menguji tahap keimanan masing-masing. Terkadang selalu bermain dalam fikiran,bagaimanakah nanti pengakhiran kehidupan,baik atau sebaliknya...

TIPS MELANCONG JIMAT 2

Post sebelum ni aku dah kongsikan pasal tips-tips dan nasihat sebelum memulakan perjalanan, iaitu perkara yang perlu diselesaikan semasa di tanah air. Untuk post kali ini, aku cuba perincikan beberapa tips berdasarkan pengalaman aku sendiri. #BEG DAN PAKAIAN Pertama sekali korang mesti cari beg yang sesuai bergantung kepada tempat yang hendak dilawati. Dan yang paling penting ikut keselesaan korang. Jangan terlalu mengikut orang, orang nak pakai beg ni korang pun nak pakai, orang pakai beg tu korang pun nak pakai. Istilah mengembara bukan terletak pada apa yang korang pakai. Sesetengah tempat seeloknya kita gunakan backpack , tapi kalau korang ada banyak mak nenek nak bawa pakai jela suitcase. Mana-mana pun elok je. Kalau boleh korang bawa satu lagi beg tambahan bersaiz kecil untuk korang sumbat segala barang peribadi seperti dompet,pasport,kamera dan lain-lain yang penting. Jadi, bila korang keluar jalan-jalan tu tak perlu bawa beg besar.  Yang kedua ialah pakaian....