Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2009

Raya D`Bowling

Bismillah Lupa pulak nak cerita pasal aktiviti raya. Biasa la bila raya kat perantauan ni,mana ada aktiviti yang best nak buat..Jadi kami ramai plan la pergi main bowling. Sekurang-kurangnya ada jugak aktiviti,tapi bila dah abis main je kebosanan muncul balik,adoiiii. Lepas ni,aku plan nak pergi stadium nak tengok piala dunia remaja bawah-20. Harap-harap la dapat pergi tengok,sekali pun jadi lah. Nak tengok jugak 'star' masa muda ni main.

Sendiri

Bismillah.. Dah masuk kali keempat aku raya kat Mesir ni,perasaan nak sambut raya tu lama-lama jadi macam biasa,cuma meriah masa ramadhan dengan hari raya pertama jer. Malam raya pun bukan lagi lagu raya jadi peneman. Kesian jugak tengok kawan-kawan,beraya tanpa keluarga. Masuk hari ketiga je masing-masing dah mati kutu. Aku tengok kau,kau tengok aku. Saat aku tulis ni,perut rasa lapar sangat. Nak pergi kedai,kedai pun tak buka sebab awal pagi. Lagipun tak ada apa yang nak dimasak. Kalau kat Malaysia,mesti dah kenyang makan makanan raya yang tak habis lagi kan? ahh sedapnya..tak apa lah,tak ada rezeki lagi nak beraya kat Malaysia. Seronoklah kawan-kawan yang balik tahun ni. =) Baru aku tahu perasaan orang yang ada masalah kemurungan. Kadang-kadang benda macam ni pun boleh buat orang kemurungan. Bagi aku sendiri,aku tak suka tempat yang sunyi. Kalo boleh nak tempat yang tak terlalu bising,kalau boleh ada bunyi-bunyi sikit. Kadang-kadang nak hilangkan rasa bosan,tidurlah jawabnya. Satu ...

Salam Lebaran Aidilfitri

Bismillah.. Alhamdulillah tika saat jari jemari ini menyusun tari atas papan kekunci ini,waktu pagi Kota Kaherah mula menampakkan sinarnya. Tenang dan redup berselang seli dengan awan yang berarak agak tebal. Walaupun agak suram dek kerana Ramadhan mula melangkah sebelah kaki,sedihnya juga turut dirasa oleh makhluk Allah yang lain. Maka keistimewaan yang telah Allah kurniakan dalam tempoh 30 hari juga akan berlalu melangkah sedikit demi sedikit. Terasa diri yang kerdil ini juga akan menaruh rindu berpanjangan menanti ia kembali lagi jika diizinkan tuhan. Menanti untuk diberikan kekuatan melakukan ibadat tika saat syaitan dibelenggu. Berbondong-bondong anak Adam mengejar kerberkatan bulan Ramadhan dengan harapan diberi kerahmatan di dunia juga akhirat. Aku takut,dengan perginya Ramadhan bermula kembali episod jahil di dalam diri ini. Ya Allah, jauhkanlah kami dari perkara yang melalaikan dan zalim. InsyaALLAH,saya akan menyertai sahabat-sahabat yang lain untuk menyambut Syawal di Kota K...

Ganyang Malaysia atau Indonesia?

Bismillah.. Disini 'aku' terpanggil untuk memberi sedikit ulasan tentang apa yang sedang berlaku di tanah air tercinta Malaysia. Rasa hati begitu membuak-buak kemarahan atas apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini,apabila terbaca di dada akhbar tentang kemelut yang sengaja dibangkitkan oleh pihak negara jiran Indonesia. Minta maaf dipohon kerana menggunakan dhomir 'aku',kerana kemarahan ini,aku terpaksa menggunakannya. Aku akan cuba untuk menghalang penulisan ini dengan menggunakan emosi,sebaliknya berpandukan fakta dan sejarah. Hari ini kita melihat apa yang sedang dilakukan oleh pihak negara jiran seumpama berperangai seperti budak kecil. Cuba membangkitkan kemarahan Malaysia bagaikan tak punya kedaulatan. Hanya dengan beberapa masalah kecil,mereka (Indonesia) begitu mudah untuk melenting. Tidak adakah jalan penyelesaian? Fikirkanlah wahai Indonesia. Minggu lepas kalau tak silap,aku ada terbaca tentang sebuah universiti di Indonesia akan menghalang pengambilan penuntut...