Skip to main content

Salam Lebaran Aidilfitri



Bismillah..

Alhamdulillah tika saat jari jemari ini menyusun tari atas papan kekunci ini,waktu pagi Kota Kaherah mula menampakkan sinarnya. Tenang dan redup berselang seli dengan awan yang berarak agak tebal. Walaupun agak suram dek kerana Ramadhan mula melangkah sebelah kaki,sedihnya juga turut dirasa oleh makhluk Allah yang lain. Maka keistimewaan yang telah Allah kurniakan dalam tempoh 30 hari juga akan berlalu melangkah sedikit demi sedikit.

Terasa diri yang kerdil ini juga akan menaruh rindu berpanjangan menanti ia kembali lagi jika diizinkan tuhan. Menanti untuk diberikan kekuatan melakukan ibadat tika saat syaitan dibelenggu. Berbondong-bondong anak Adam mengejar kerberkatan bulan Ramadhan dengan harapan diberi kerahmatan di dunia juga akhirat. Aku takut,dengan perginya Ramadhan bermula kembali episod jahil di dalam diri ini. Ya Allah, jauhkanlah kami dari perkara yang melalaikan dan zalim.

InsyaALLAH,saya akan menyertai sahabat-sahabat yang lain untuk menyambut Syawal di Kota Kaherah ini. Moga segalanya akan berjalan lancar dan selamat. Buat ayahanda dan ibunda di tanah air tercinta,mohon ampun anakanda pinta moga dihalalkan segalanya dan diredhakan kehidupan anakanda didunia dan akhirat. Pada adik-adik along yang along kasihi,along mohon maaf kiranya selama along menjaga kalian,hanya banyak menyakiti hati kalian. PAda guru-guru yang banyak membimbing,moga diredhai ilmu kalian atas anak muridmu ini. Pada sahabat-sahabat yang lain tak kira di Malaysia mahupun di Mesir bumi kinanah ini,salah dan silap itu pasti menjadi sebahagian komponen dalam diri setiap insan,tapi tak semestinya kita perlu mengabaikannya kerana ia ibarat bom jangka,pohon kemaafan dari diri ini menyesali atas ketelanjuran silam.

Comments

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Damsyik dan Istanbul #2

Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2 Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini. 2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijam...

Hari ini?

Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala. Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan ' qarar' ,tapi tu bukan bermaksud Azhar tak ' syadid' . Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu. Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat '. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman ...