Bismillah... Sibuk betul akhir-akhir ni,kuliah pun rancak sampai tak sempat nak singgah kemas blog ni. Mintak maaf kalau lama sangat tak mengemas blog ni. Alhamdulillah,dengan bermulanya sesi kuliah untuk musim baru maka ramailah penghuni Mesir ni akan pulang kembali menghadap kuliah dan kitab. Masa untuk berehat-rehat dah pun habis,kena tumpu kat kitab pulak. Rumah yang dulu sunyi kini kembali bising,'mator' yang dulu lengang kini sibuk dek ramai yang mula pulang ke Mesir,kuliah yang suram kini riuh dengan suara penghuni-penghuninya. Macam-macam perasaan melanda jiwa ni. Ada suka,takut,sedih,sunyi,.... Sedih jugak bila orang yang rapat dengan kita dah mula angkat kaki. Memang terasa bila di Mansurah,abang dan kakak-kakak yang berjaya menamatkan pengajian terpaksa meninggalkan kita. Tak dengar dah riuh rendah suara mereka mengusik,di padang bola pun dah tak serancak dulu,tambahan pula dengan 'qarar' baru universiti yang menetapkan dua sesi, pagi dan petang. Apap...
berjalan dan bermusafirlah