Skip to main content

Ziarah 'winter' ke Mesir


Bismillah...

Sibuk betul akhir-akhir ni,kuliah pun rancak sampai tak sempat nak singgah kemas blog ni. Mintak maaf kalau lama sangat tak mengemas blog ni. Alhamdulillah,dengan bermulanya sesi kuliah untuk musim baru maka ramailah penghuni Mesir ni akan pulang kembali menghadap kuliah dan kitab. Masa untuk berehat-rehat dah pun habis,kena tumpu kat kitab pulak.

Rumah yang dulu sunyi kini kembali bising,'mator' yang dulu lengang kini sibuk dek ramai yang mula pulang ke Mesir,kuliah yang suram kini riuh dengan suara penghuni-penghuninya. Macam-macam perasaan melanda jiwa ni. Ada suka,takut,sedih,sunyi,.... Sedih jugak bila orang yang rapat dengan kita dah mula angkat kaki. Memang terasa bila di Mansurah,abang dan kakak-kakak yang berjaya menamatkan pengajian terpaksa meninggalkan kita. Tak dengar dah riuh rendah suara mereka mengusik,di padang bola pun dah tak serancak dulu,tambahan pula dengan 'qarar' baru universiti yang menetapkan dua sesi, pagi dan petang.

Apapun yang mendatang kehidupan sentiasa berjalan kan? Kena sentiasa positif memandang ke depan,walaupun kuantiti sedikit tapi kita cuba untuk memberi kualiti yang terbaik,insyaALLAH. Mudah-mudahan kita boleh bersatu,cuba untuk berada dibawah satu suara. =)

Ni cerita tentang aku pulak,buat masa ni aku kena 'pulun' habiskan baca kitab secepat yang mungkin. Sebab raya haji pun dah dekat sangat,takut tak sempat nak baca kitab yang lain. Tahun ni aku rasa tugas berat menanti. Antara yang aku terasa sebab satu keluarga aku nak datang Mesir,nak ziarah aku,angah dengan Nadiah. Diorang pun baru dapat cuti,tapi kita yang kat Mesir ni baru nak 'exam'. Pening jugak kepala ni,tapi diorang tu pun penting jugak. Mohon rakan-rakan lain membantu. =)

p/s: Gatal sangat dah kaki ni nak sepak bola + rindu dengan keluarga (3tahun tak jumpa).

Comments

Popular posts from this blog

Perasaan

Hari ni aku bertarung dengan perasaan aku sendiri, aku tak mampu untuk meluahkan pada sesiapa. Ataupun perasaan ini hanya aku seorang yang merasainya. Maafkan aku kerana tak mampu untuk luahkan, bukan tak sudi tapi aku sendiri tak tahu bagaimana mahu mengungkapkannya. 

TIPS MELANCONG JIMAT 2

Post sebelum ni aku dah kongsikan pasal tips-tips dan nasihat sebelum memulakan perjalanan, iaitu perkara yang perlu diselesaikan semasa di tanah air. Untuk post kali ini, aku cuba perincikan beberapa tips berdasarkan pengalaman aku sendiri. #BEG DAN PAKAIAN Pertama sekali korang mesti cari beg yang sesuai bergantung kepada tempat yang hendak dilawati. Dan yang paling penting ikut keselesaan korang. Jangan terlalu mengikut orang, orang nak pakai beg ni korang pun nak pakai, orang pakai beg tu korang pun nak pakai. Istilah mengembara bukan terletak pada apa yang korang pakai. Sesetengah tempat seeloknya kita gunakan backpack , tapi kalau korang ada banyak mak nenek nak bawa pakai jela suitcase. Mana-mana pun elok je. Kalau boleh korang bawa satu lagi beg tambahan bersaiz kecil untuk korang sumbat segala barang peribadi seperti dompet,pasport,kamera dan lain-lain yang penting. Jadi, bila korang keluar jalan-jalan tu tak perlu bawa beg besar.  Yang kedua ialah pakaian....

'Tsunami' pilihanraya gelombang rakyat

Rekod bersih jadi kebanggaan BN Johor selama 50 tahun mula tercalar SIFAR pembangkang yang dilaungkan Barisan Nasional (BN) Johor gagal dicapai pada Pilihan Raya Umum Ke-12 kelmarin, malah buat kali pertama selepas 50 tahun negara merdeka, rekod bersih BN Johor yang selama ini menjadi kebanggaan mula tercalar. Tidak pernah dalam sejarah negeri ini parti pembangkang boleh memperoleh lebih daripada enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terutama di kawasan pengundi Melayu yang secara tradisinya kubu kuat parti Umno. Malah cakap-cakap pilihan raya di Johor ini, jika calon BN terutama datang dari Umno itu adalah 'batang pisang', pasti akan menang kerana kekuatan parti itu tidak boleh diganggu gugat kerana begitu taksub orang Melayu mengundi calon Umno atau BN sudah tidak boleh diterima lagi. Pas yang mula cuba melebarkan pengaruhnya secara agresif pada sekitar 1990-an di negeri ini agak sukar untuk menembusi kubu kuat Umno itu kerana rata-rata orang Melayu di neg...