Assalamualaikum, Alhamdulillah kita panjatkan kesyukuran kehadrat ilahi,semoga hari-hari yang mendatang menjadikan kita semakin matang dalam menjalani kehidupan. Pun begitu,hari-hari yang dilalui tidaklah sentiasa luas,kadang-kadang sempit juga datang menjengah. Sedih,marah dan geram mungkin itu perasaan kita yang sensitif dengan beberapa isu yang hangat diperkatakan. Perjuangan pasukan Frotilla Gaza kini berakhir,walaupun misi sebenar tidak kesampaian tetapi sedikit sebanyak dapat membuka mata banyak pihak terutamanya eropah dan barat amnya. Banyak pihak kini baru mula menyedari sikap main kotor Israel Zionis dalam menangani isu Palestin-Israel. Israel bukan sahaja menindas penduduk Palestin tetapi juga menutup segala bentuk perdamaian yang ingin diusahakan. Dan kini jelaslah dimata dunia,Israel tidak mahukan keamanan sejagat diwujudkan. Kini segalanya sudah terungkai. Amerika pula hanya berdiam diri,bagaikan tidak tahu menahu tentang isu ini. Janji Barack Obama hanyalah mimpi yang di...