Skip to main content

Bersatu menentang kekejaman Israel


Assalamualaikum,

Alhamdulillah kita panjatkan kesyukuran kehadrat ilahi,semoga hari-hari yang mendatang menjadikan kita semakin matang dalam menjalani kehidupan. Pun begitu,hari-hari yang dilalui tidaklah sentiasa luas,kadang-kadang sempit juga datang menjengah.

Sedih,marah dan geram mungkin itu perasaan kita yang sensitif dengan beberapa isu yang hangat diperkatakan. Perjuangan pasukan Frotilla Gaza kini berakhir,walaupun misi sebenar tidak kesampaian tetapi sedikit sebanyak dapat membuka mata banyak pihak terutamanya eropah dan barat amnya. Banyak pihak kini baru mula menyedari sikap main kotor Israel Zionis dalam menangani isu Palestin-Israel. Israel bukan sahaja menindas penduduk Palestin tetapi juga menutup segala bentuk perdamaian yang ingin diusahakan.

Dan kini jelaslah dimata dunia,Israel tidak mahukan keamanan sejagat diwujudkan. Kini segalanya sudah terungkai. Amerika pula hanya berdiam diri,bagaikan tidak tahu menahu tentang isu ini. Janji Barack Obama hanyalah mimpi yang diidamkan penduduk dunia sejagat. Kesal dengan sikap Amerika,ramai yang mengkritik sikap Presiden Amerika itu yang hanya melangsungkan apa yang diamalkan Bush (mantan presiden Amerika) sebelum ini. Inilah yang dikatakan pakatan jahat Amerika-Israel.

Pun begitu timbul pula hero baru didunia yang lantang bersuara menentang Israel. Turki,kini mungkin menghuni tangga teratas senarai yang paling dibenci Israel,tapi mendapat sanjungan seluruh penduduk dunia. Ketegasan pemimpin negara dua benua itu Recip Teyyip Erdogan ibarat darah Uthmaniyah kini basah kembali. Kritikan terbuka pemimpin Turki ini terhadap Israel mendapat reaksi pelbagai pihak.

Bagaikan tersentuh dengan ucapannya,saya dapat lihat ketegasannya itu bukanlah dibuat-buat. Kemarahannya terhadap Israel yang telah membunuh rakyatnya itu bukanlah marahkan kerana rakyatnya dibunuh,tetapi secara tidak langsung tindakan Israel yang diibaratkan dengan binatang itu yang menjadi kemusykilan. Tiada langsung sikap hubungan diplomatik yang jernih. Mungkin kini ramai rakyat Turki berbangga dengan kematian saudara mereka dalam insiden tersebut. Tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia yang turut serta dalam perjuangan ini,syabas saya ucapkan.

Saya pernah ke Turki pada musim sejuk 2009,dan apa yang boleh dijelaskan disini ialah sensitiviti rakyat Turki terhadap konflik asia barat sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi. Setiap deretan kedai di Istanbul penuh dengan mesej yang membenci sikap Israel hinggakan kedai-kedai kecil pun tidak ketinggalan untuk sama-sama dalam perjuangan ini.

Bercakap sebagai seorang yang inginkan kedamaian diwujudkan dan atas sikap mengambil berat terhadap saudara seislam kita di Palestin. saya menyeru,marilah sama-sama kita membantu untuk meringankan beban saudara-saudara kita disana (Palestin). Pelbagai cara boleh digunakan untuk menggulingkan pakatan Zionis di seluruh dunia. Saya mengakui,dengan menderma untuk rakyat Palestin mungkin derma yang kita sumbangkan itu tidak dapat disampaikan ke sana secara mutlak. Tetapi kita boleh menggunakan cara boikot. Bagi pendapat saya sendiri,tak perlu kita boikot semua,tapi cukup dengan kita menjatuhkan sebahagian daripada mereka. Sebagai contoh,mungkin kita boleh memboikot dua jenama penting bagi Zionis. Antaranya Coca-Cola dan colgate,mungkin dengan kita mengabaikan dua jenama ini dapat kita buktikan bahawa kita juga punya kuasa. Dan seterusnya dapat memboikot banyak lagi jenama yang lain.

Comments

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Damsyik dan Istanbul #2

Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2 Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini. 2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijam...

Hari ini?

Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala. Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan ' qarar' ,tapi tu bukan bermaksud Azhar tak ' syadid' . Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu. Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat '. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman ...