(Sila klik untuk paparan yang lebih besar) Assalamualaikum.. Saat jari-jari ini bergerak menekan setiap inci papan komputer ini,aku hanya tinggal sehari lagi di Mesir sambil menanti hari kepulanganku ke Malaysia. 29 Julai (esok),aku akan menuju ke Malaysia,setelah 4tahun di Mesir,inilah kali pertama menjengah kembali ke tempat aku membesar. Berfikir juga,apa istifadah yang aku dapat semenjak pemergianku ke Bumi Anbiya ini.. Segan juga,banyak lagi aku perlu kutip.Tapi niat aku memang mahu pulang sekurang-kurangnya sekali ke Malaysia sebelum menamatkan pengajian. Dan insyaALLAH kepulanganku tahun ini akan lebih bermakna,selain dari bertemu sanak-saudara dan sahabat handai di Malaysia,aku mahu meluangkan lebih banyak masa dengan abuya,mama dan adik-adik yang lain. Along rindu kat korang,along banyak buat salah dengan 'korang',nanti along sampai Malaysia,kita jalan-jalan ok! Dan untuk entry kali ini,aku mahu mengumumkan bahawa 'Aku Nak Nikah',insyaALLAH...
berjalan dan bermusafirlah