Skip to main content

Sedetik sebelum 'Aku terima Nikahnya'







(Sila klik untuk paparan yang lebih besar)

Assalamualaikum..

Saat jari-jari ini bergerak menekan setiap inci papan komputer ini,aku hanya tinggal sehari lagi di Mesir sambil menanti hari kepulanganku ke Malaysia. 29 Julai (esok),aku akan menuju ke Malaysia,setelah 4tahun di Mesir,inilah kali pertama menjengah kembali ke tempat aku membesar. Berfikir juga,apa istifadah yang aku dapat semenjak pemergianku ke Bumi Anbiya ini..

Segan juga,banyak lagi aku perlu kutip.Tapi niat aku memang mahu pulang sekurang-kurangnya sekali ke Malaysia sebelum menamatkan pengajian. Dan insyaALLAH kepulanganku tahun ini akan lebih bermakna,selain dari bertemu sanak-saudara dan sahabat handai di Malaysia,aku mahu meluangkan lebih banyak masa dengan abuya,mama dan adik-adik yang lain. Along rindu kat korang,along banyak buat salah dengan 'korang',nanti along sampai Malaysia,kita jalan-jalan ok!

Dan untuk entry kali ini,aku mahu mengumumkan bahawa 'Aku Nak Nikah',insyaALLAH akan dijodohkan dengan NurAnisah Bt Ali. Doakan semoga segalanya berjalan lancar ya! InsyaALLAH. Di sini ada sample kad jemputan non-rasmi yang aku buat sementara menunggu kad yang rasmi siap. Pada siapa-siapa yang mengenali diri ini,anda dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kesyukuran dan keraian nanti. Semua maklumat tertera di sample kad diatas.

Aku kat sini macam rileks je lagi,mama kat Malaysia sekarang ni dah tak cukup tangan,faktor masa membataskan kerja mama sebab mama bekerja. Hari minggu je mama dapat keluar beli barang-barang persiapan majlis nanti,itupun cuma hari sabtu sahaja. InsyaAllah nanti along balik,along tolong banyak-banyak ok! =)

Comments

Sabrina Halim said…
mabruk epul. somoga kekal ke anak cucu insyaAllah
dealova said…
salam...
kenal x sy lagi?
yang ritu sy turun cairo wktu mlm sbb nk jmpe pkck sy,then awk kate bahaya so awk pun antr la sy smpai hussein.alhmdullilah impian awk nk nikah dah smpai ke tarikhnye..

may Allah bless u n ur wife..slmt bahagia hingga ke syurga..=)

ps-mnx izin link

Popular posts from this blog

Perasaan

Hari ni aku bertarung dengan perasaan aku sendiri, aku tak mampu untuk meluahkan pada sesiapa. Ataupun perasaan ini hanya aku seorang yang merasainya. Maafkan aku kerana tak mampu untuk luahkan, bukan tak sudi tapi aku sendiri tak tahu bagaimana mahu mengungkapkannya. 

TIPS MELANCONG JIMAT 2

Post sebelum ni aku dah kongsikan pasal tips-tips dan nasihat sebelum memulakan perjalanan, iaitu perkara yang perlu diselesaikan semasa di tanah air. Untuk post kali ini, aku cuba perincikan beberapa tips berdasarkan pengalaman aku sendiri. #BEG DAN PAKAIAN Pertama sekali korang mesti cari beg yang sesuai bergantung kepada tempat yang hendak dilawati. Dan yang paling penting ikut keselesaan korang. Jangan terlalu mengikut orang, orang nak pakai beg ni korang pun nak pakai, orang pakai beg tu korang pun nak pakai. Istilah mengembara bukan terletak pada apa yang korang pakai. Sesetengah tempat seeloknya kita gunakan backpack , tapi kalau korang ada banyak mak nenek nak bawa pakai jela suitcase. Mana-mana pun elok je. Kalau boleh korang bawa satu lagi beg tambahan bersaiz kecil untuk korang sumbat segala barang peribadi seperti dompet,pasport,kamera dan lain-lain yang penting. Jadi, bila korang keluar jalan-jalan tu tak perlu bawa beg besar.  Yang kedua ialah pakaian....

'Tsunami' pilihanraya gelombang rakyat

Rekod bersih jadi kebanggaan BN Johor selama 50 tahun mula tercalar SIFAR pembangkang yang dilaungkan Barisan Nasional (BN) Johor gagal dicapai pada Pilihan Raya Umum Ke-12 kelmarin, malah buat kali pertama selepas 50 tahun negara merdeka, rekod bersih BN Johor yang selama ini menjadi kebanggaan mula tercalar. Tidak pernah dalam sejarah negeri ini parti pembangkang boleh memperoleh lebih daripada enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terutama di kawasan pengundi Melayu yang secara tradisinya kubu kuat parti Umno. Malah cakap-cakap pilihan raya di Johor ini, jika calon BN terutama datang dari Umno itu adalah 'batang pisang', pasti akan menang kerana kekuatan parti itu tidak boleh diganggu gugat kerana begitu taksub orang Melayu mengundi calon Umno atau BN sudah tidak boleh diterima lagi. Pas yang mula cuba melebarkan pengaruhnya secara agresif pada sekitar 1990-an di negeri ini agak sukar untuk menembusi kubu kuat Umno itu kerana rata-rata orang Melayu di neg...