Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2010

SNwiches!!!

Assalamualaikum, Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi setinggi kesyukuran.. Hari ni aku dan Anisah dah memulakan sebahagian dari cita-cita kami untuk mulakan jualan kecil-kecilan. Dan pilihan kami adalah menjual sandwich. Memang dari dulu nak mulakan perniagaan ni. Tapi terpaksa pendam atas banyak sebab. Tapi hari ni kami dah mulakan sedikit sebanyak. Untuk hari pertama ni kami hanya buat 30 sandwich,dan ader dua menu iaitu EggFino dan Fino Bologno (Bolognes) sahaja. InsyaALLAH jika ada permintaan yang tinggi dan menarik kami akan usahakan untuk mempelbagaikan menu untuk korang-korang semua. sebelum terlupa aku nak bagi tau yang kami dah namakan sandwich kami ni dengan nama 'SNwiches'. Sempena nama aku 'Saiful' dan 'Nisa'. Dengan harapan, nama ni kekal sampai setinggi-tinggi cita-cita kami. InsyaALLAH. ;)

Video majlis perkahwinan *Hadiah untuk semua.

Bismillahirrahmanirrahim. Lama dah aku menunggu akhirnya dapat jugak video perkahwinan ni. Hadiah untuk sahabat-sahabat yang mana tak dapat hadir masa majlis tempoh hari. Ini untuk korang semua. Nantikan pos akan datang video majlis keraian dan beberapa gambar kenangan yang sempat dirakam untuk kenang-kenangan.

Bawah tanah bumi London

Assalamualaikum, Alhamdulillah terasa lama juga menyepi dari menulis,cuba untuk kuatkan pembacaan. Bukan tak nak menulis tapi terasa kekurangan kalau menulis tapi tidak membaca untuk menambahkan pengetahuan. Ketika menulis ini,aku baru sahaja sampai ke bumi Mesir setelah seminggu di London. Pulang beraya haji sebentar sambil melancong ke sana. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan sampai juga aku kesana. Dulu dapat tengok kawan-kawan pergi je,tapi sekarang ni baru giliran kita. Tarima kasih pada mama dan baba yang sudi belanja kami ke sana. Ini kali kedua dapat peluang ke eropah,sebelum ni seperti yang korang tau aku pernah ke Turki. Dan kali ini,peluang ke London buat aku teruja. Mungkin sesetengah korang akan kata dapat ke Uk macam benda biasa. Tapi buat orang yang pertama kali ke sana memang pengalaman menyeronokkan. Siapa tak seronok pergi ke Uk yang terkenal dengan kota 'shopping'? Jalan sikit je boleh tengok harga barang yang kebanyakkan tak melebihi 30...