Skip to main content

Bawah tanah bumi London





Assalamualaikum,
Alhamdulillah terasa lama juga menyepi dari menulis,cuba untuk kuatkan pembacaan. Bukan tak nak menulis tapi terasa kekurangan kalau menulis tapi tidak membaca untuk menambahkan pengetahuan. Ketika menulis ini,aku baru sahaja sampai ke bumi Mesir setelah seminggu di London. Pulang beraya haji sebentar sambil melancong ke sana. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan sampai juga aku kesana. Dulu dapat tengok kawan-kawan pergi je,tapi sekarang ni baru giliran kita. Tarima kasih pada mama dan baba yang sudi belanja kami ke sana.

Ini kali kedua dapat peluang ke eropah,sebelum ni seperti yang korang tau aku pernah ke Turki. Dan kali ini,peluang ke London buat aku teruja. Mungkin sesetengah korang akan kata dapat ke Uk macam benda biasa. Tapi buat orang yang pertama kali ke sana memang pengalaman menyeronokkan. Siapa tak seronok pergi ke Uk yang terkenal dengan kota 'shopping'? Jalan sikit je boleh tengok harga barang yang kebanyakkan tak melebihi 30 pounds,tapi kena beringat. Belanja hanya untuk keperluan je.







Tapi yang paling penting kalau hendak mulakan perjalanan jauh,kena beringat dengan perbelanjaan. Jangan mulakan perjalanan dengan ber'shopping' kalau tak buruk padahnya. Mulakan dengan berjalan ke tempat-tempat bersejarah dan tempat yang terkenal di satu-satu negara atau tempat. Habiskan sebanyak yang mungkin tempat untuk diziarah dan fahami sejarahnya. Dan ini akan membuatkan anda akan lebih mendalami satu-satu tempat itu.





Dan peluang ke London ini juga sedikit sebanyak menjadi salah satu dari 'honeymoon' aku dan isteri (Nuranisah Ali). Alhamdulillah kami diberi masa sebanyak mungkin oleh mama dan baba yang sudi untuk mebawa kami ke tempat-tempat yang menarik. Tak lupa juga pada Aisyah (adik ipar) dan juga Iefiz,Munzir dan Muzammil (sahabat) yang menyertai kami pada cuti kali ini. Pengalaman sepanjang di sana tak akan aku lupakan.


Kadang-kadang pada sesetengah individu ada yang menganggap UK adalah bumi kebebasan dan juga tempat untuk anak muda bersosial. Dan ada juga sesetengah lagi menganggap di sana adalah tempat untuk bebas dari kekangan ibu bapa. Dan banyak lagi pandangan negatif yang dilemparkan. Nanti dulu! Jangan mudah untuk kita sering berburuk sangka. Bukan aku nak menafikan segala jenis kegiatan bebas disana. Tapi selama aku disana,baba dan mama memperkenalkan aku dengan satu bentuk penyatuan ukhuwah yang kuat di London. Mereka mewujudkan satu majlis ilmu pada setiap hari khamis dan sabtu sambil mendengar tazkirah yang akan disampaikan oleh seorang ustaz dan juga yang lebih alim. Dalam pada itu juga,mereka akan sama-sama mendengar dan menyelesaikan segala permasalahan yang wujud. Walaupun mereka bukanlah satu organinasi yang berdaftar tetapi mereka telah mewujudkan apa yang disarankan oleh agama.




Tiada sebarang isu menyisihkan orang lain dan mereka lebih terbuka. Walaupun ada yang tidak bertudung dan kurang arif dalam beragama,tetapi mereka amat mengalukan kedatangan bagi siapa yang berminat. Program perkumpulan yang diadakan dua kali seminggu ini diadakan di sebuah rumah lot kedai (diatas sebuah restoran melayu di London). Dan ketika menjelang hari raya,kami sama-sama berkumpul dan bertakbir kemudian sama-sama menjamu selera. Aku puas sepanjang disana kerana diperkenalkan dengan sahabat dan keluarga baru.


Nilai matawang Uk sememangnya tinggi,satu pound UK bersamaan dengan 9 genih Mesir. Kalau berbelanja disana sememangnya kena berhati-hati,tambahan pula London terkenal dengan cukai yang tinggi. Oleh itu,aku dan isteri lebih mengutamakan untuk berbelanja pada barang keperluan sahaja. Walaupun terasa nilai matawang UK tinggi,tetapi nafsu terkadang lebih kuat. Setiap pound yang kami keluarkan adalah untuk keperluan berdua atau membeli barangan yang tiada di Mesir sahaja. Ok tak?

Comments

Anonymous said…
semoga terus berbahgia :)

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Damsyik dan Istanbul #2

Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2 Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini. 2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijam...

Hari ini?

Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala. Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan ' qarar' ,tapi tu bukan bermaksud Azhar tak ' syadid' . Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu. Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat '. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman ...