Assalamualaikum,
Alhamdulillah terasa lama juga menyepi dari menulis,cuba untuk kuatkan pembacaan. Bukan tak nak menulis tapi terasa kekurangan kalau menulis tapi tidak membaca untuk menambahkan pengetahuan. Ketika menulis ini,aku baru sahaja sampai ke bumi Mesir setelah seminggu di London. Pulang beraya haji sebentar sambil melancong ke sana. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan sampai juga aku kesana. Dulu dapat tengok kawan-kawan pergi je,tapi sekarang ni baru giliran kita. Tarima kasih pada mama dan baba yang sudi belanja kami ke sana.
Dan peluang ke London ini juga sedikit sebanyak menjadi salah satu dari 'honeymoon' aku dan isteri (Nuranisah Ali). Alhamdulillah kami diberi masa sebanyak mungkin oleh mama dan baba yang sudi untuk mebawa kami ke tempat-tempat yang menarik. Tak lupa juga pada Aisyah (adik ipar) dan juga Iefiz,Munzir dan Muzammil (sahabat) yang menyertai kami pada cuti kali ini. Pengalaman sepanjang di sana tak akan aku lupakan.
Kadang-kadang pada sesetengah individu ada yang menganggap UK adalah bumi kebebasan dan juga tempat untuk anak muda bersosial. Dan ada juga sesetengah lagi menganggap di sana adalah tempat untuk bebas dari kekangan ibu bapa. Dan banyak lagi pandangan negatif yang dilemparkan. Nanti dulu! Jangan mudah untuk kita sering berburuk sangka. Bukan aku nak menafikan segala jenis kegiatan bebas disana. Tapi selama aku disana,baba dan mama memperkenalkan aku dengan satu bentuk penyatuan ukhuwah yang kuat di London. Mereka mewujudkan satu majlis ilmu pada setiap hari khamis dan sabtu sambil mendengar tazkirah yang akan disampaikan oleh seorang ustaz dan juga yang lebih alim. Dalam pada itu juga,mereka akan sama-sama mendengar dan menyelesaikan segala permasalahan yang wujud. Walaupun mereka bukanlah satu organinasi yang berdaftar tetapi mereka telah mewujudkan apa yang disarankan oleh agama.
Tiada sebarang isu menyisihkan orang lain dan mereka lebih terbuka. Walaupun ada yang tidak bertudung dan kurang arif dalam beragama,tetapi mereka amat mengalukan kedatangan bagi siapa yang berminat. Program perkumpulan yang diadakan dua kali seminggu ini diadakan di sebuah rumah lot kedai (diatas sebuah restoran melayu di London). Dan ketika menjelang hari raya,kami sama-sama berkumpul dan bertakbir kemudian sama-sama menjamu selera. Aku puas sepanjang disana kerana diperkenalkan dengan sahabat dan keluarga baru.
Nilai matawang Uk sememangnya tinggi,satu pound UK bersamaan dengan 9 genih Mesir. Kalau berbelanja disana sememangnya kena berhati-hati,tambahan pula London terkenal dengan cukai yang tinggi. Oleh itu,aku dan isteri lebih mengutamakan untuk berbelanja pada barang keperluan sahaja. Walaupun terasa nilai matawang UK tinggi,tetapi nafsu terkadang lebih kuat. Setiap pound yang kami keluarkan adalah untuk keperluan berdua atau membeli barangan yang tiada di Mesir sahaja. Ok tak?
Comments