Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum.. Alhamdulillah,kami sekeluarga sihat sejahtera sepanjang di bumi Alexandria,Mesir. Untuk makluman keluarga dan sahabat di Malaysia,kami tak apa-apa,kalian tak perlu risau. Ketika menulis ni,kami diberitakan akan dihantar pulang ke Malaysia berikutan dengan apa yang terjadi di Mesir ketika ini. Mudah-mudahan segalanya akan berjalan lancar. InsyaALLAH. Kemarahan rakyat Mesir sekarang ni memang membuak-buak. Bagi sesiapa yang tak faham dengan apa yang terjadi ketika ini. Aku akan fahamkan sedikit sebanyak dengan apa yang aku tahu. Pemerintahan zalim Hosni Mubarak dah berpanjangan hampir 30 tahun,dan dalam 30 tahun ini banyak penindasan dan kezaliman yang dia dah lakukan. Antaranya,melakukan banyak tangkapan atas beberapa individu yang membangkang cara pemerintahannya dan menyiksa mereka. Bukan tu je,sepanjang tempoh pemerintahan tu juga Mesir dihimpit dengan pelbagai masalah yang dihadapi oleh rakyat. Antaranya,masalah kemiskinan,penganguran da...