Skip to main content

Revolusi Mesir!!


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah,kami sekeluarga sihat sejahtera sepanjang di bumi Alexandria,Mesir. Untuk makluman keluarga dan sahabat di Malaysia,kami tak apa-apa,kalian tak perlu risau. Ketika menulis ni,kami diberitakan akan dihantar pulang ke Malaysia berikutan dengan apa yang terjadi di Mesir ketika ini. Mudah-mudahan segalanya akan berjalan lancar. InsyaALLAH.

Kemarahan rakyat Mesir sekarang ni memang membuak-buak. Bagi sesiapa yang tak faham dengan apa yang terjadi ketika ini. Aku akan fahamkan sedikit sebanyak dengan apa yang aku tahu. Pemerintahan zalim Hosni Mubarak dah berpanjangan hampir 30 tahun,dan dalam 30 tahun ini banyak penindasan dan kezaliman yang dia dah lakukan. Antaranya,melakukan banyak tangkapan atas beberapa individu yang membangkang cara pemerintahannya dan menyiksa mereka.

Bukan tu je,sepanjang tempoh pemerintahan tu juga Mesir dihimpit dengan pelbagai masalah yang dihadapi oleh rakyat. Antaranya,masalah kemiskinan,penganguran dan korupsi. Yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin. Inilah punca bila negara mengamalkan ekonomi kapitalis. Wang rakyat habis dikaut oleh bangsa asing. Hosni Mubarak juga terkenal dengan persengketaannya terhadap Ikhwanul Muslimin (antara parti terbesar di Mesir). Hosni Mubarak juga dianggap pemimpin yang mengikut telunjuk Amerika dan Israel dalam menganani persengketaan timur tengah antara Palestin dan Israel.

Jadi,tak hairanlah jika rakyat Mesir mahukan pembaharuan sebab sekian lama wang mereka dirompak pemimpin atasan. Kerenah birokrasi yang melampau juga membuatkan kami disini meluat dengan golongan kelas atasan disini. Yang kaya dianggap raja dan yang miskin dianggap hina.

Mesir dianggap negara yang bergantung kepada pelancongan,tapi tidak mencirikan sebuah negara yang sedimikian. Kerana walaupun beribu-ribu pelancong asing datang ke Mesir,tetapi kewangan negara masih tidak mencapai kedudukan kewangan yang kuat,dan tidak pula tahu kemana menghilangnya wang yang telah dibawa masuk. Bayangkan dalam sehari beratus kapal akan melalui Terusan Suez,dan berduyun-duyun pelancong akan melawat Kota Kaherah yang penuh dengan sejarah seperti piramid,sungai nil,kawasan membeli belah khan el khalili,kubu Salehuddin Al-Ayubi,muzium perang dan banyak lagi tempat bersejarah di Mesir.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar keamanan dapat dipulihkan seperti sediakala,kerana ketika ini sejumlah 8000 penuntut Malaysia sedang mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang termasuk bahasa arab,pengajian islam dan perubatan yang kesemuanya adalah beragama islam. Ini penting kerana selain dari nilai ilmu yang tinggi di bumi Mesir,kamilah yang akan mencorakkan masa depan negara,insyaALLAH.

Comments

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Damsyik dan Istanbul #2

Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2 Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini. 2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijam...

Hari ini?

Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala. Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan ' qarar' ,tapi tu bukan bermaksud Azhar tak ' syadid' . Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu. Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat '. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman ...