Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

Sebulan di Malaysia

(Ketika di puncak Genting) (Sewaktu dengan rakan-rakan bermain batting cages) (Tulip,nama arnab betina) (Handsome,nama arnab jantan) (Sewaktu menonton Malaysia Vs Pakistan) Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah,kaki ini telah selamat sampai menjejakkan kaki di bumi Mesir bagi meneruskan pengajian yang masih berbaki. Selama sebulan di Malaysia juga telah digunakan sebaik mungkin berikutan pergolakan politik Mesir yang meletus sebulan lalu. Selama di Malaysia juga bermacam aktiviti dilakukan sambil mengambil peluang menziarahi sanak saudara dan sahabat handai di tanah air. Kepulangan ke tanah air bagaikan dinanti-nanti semua,berikutan pergolakan yang makin mengganas di Mesir,hampir setiap hari berita tentang Mesir ditayang dan di 'update' di internet juga media massa. Aku mengambil peluang untuk meng'qada' cuti semester lepas kerana tak sempat untuk menziarah sanak saudara dan meluangkan masa bersama keluarga dan sahabat handai. Pening kepala juga memikirkan apa yang n...