Skip to main content

Sebulan di Malaysia

(Ketika di puncak Genting)


(Sewaktu dengan rakan-rakan bermain batting cages)


(Tulip,nama arnab betina)


(Handsome,nama arnab jantan)


(Sewaktu menonton Malaysia Vs Pakistan)


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah,kaki ini telah selamat sampai menjejakkan kaki di bumi Mesir bagi meneruskan pengajian yang masih berbaki. Selama sebulan di Malaysia juga telah digunakan sebaik mungkin berikutan pergolakan politik Mesir yang meletus sebulan lalu. Selama di Malaysia juga bermacam aktiviti dilakukan sambil mengambil peluang menziarahi sanak saudara dan sahabat handai di tanah air.

Kepulangan ke tanah air bagaikan dinanti-nanti semua,berikutan pergolakan yang makin mengganas di Mesir,hampir setiap hari berita tentang Mesir ditayang dan di 'update' di internet juga media massa. Aku mengambil peluang untuk meng'qada' cuti semester lepas kerana tak sempat untuk menziarah sanak saudara dan meluangkan masa bersama keluarga dan sahabat handai.

Pening kepala juga memikirkan apa yang nak dilakukan dalam tempoh sebulan bercuti,kerana kepulangan kali ini tak dirancang tambahan pula dalam tempoh yang singkat ini peluang untuk bekerja tak mungkin tiba. Alhamdulillah duit saku yang mama dan abuya kirimkan masih tersimpan kemas dalam akaun bank,sekurang-kurangnya mudah untuk aku dan anisah bergerak kesana kemari.

Antara perkara pertama yang kami lakukan ialah membeli sepasang bayi arnab. Aku sendiri tak mengerti mengapa aku terlalu teruja melihat pasangan arnab ini. Sebenarnya dah lama aku ingin memelihara arnab,semenjak kepulangan semester lepas selalu aku ke Carrefour berhampiran rumah semata-mata mahu melihat arnab yang dijual di situ. Dan pada setiap jumaat,apabila selesainya solat jumaat aku,angah dan iwan akan terus kesana (Carrefour) untuk bermain playstation. Bukannya tak ada 'game' dirumah,tapi aku rasakan saat bersama adik-adik lelaki ini patut aku hargai sebelum kami nanti diberatkan dengan tanggungjawab masing-masing.

Bila dirumah pula masa dengan adik-adik perempuan begitu bermakna,hubungan kami makin erat tambahan pula mereka begitu menghormati aku dan amat menyayangi kakak ipar mereka. Yasmin begitu rapat dengan kami berdua,kemana saja kami pergi mesti mahu ikut sekali. Pantang nampak kami berpakaian elok,ada saja soalannya,dengan tujuan mahu ikut serta. Begitu juga dengan mama dan abuya,tampak senang dengan menantu sulung mereka. Sebelum ini aku dan Anisah tak sempat untuk meluangkan masa dengan mereka selepas berkahwin,ini kerana selesai sahaja kenduri di rumahku,terus kami berangkat pulang ke Mesir selang 3 hari selepas itu. Mama senang untuk berborak dengan Anisah,dan Anisah pula tidak kekok. Abuya pula,makin menjadi-jadi lawaknya. Setiap hari ada sahaja cerita yang keluar dari mulutnya,ceria dan kini tak mudah 'cranky'.

Banyak juga benda baru yang aku mula belajar. Baba dan mama di UK meminta aku dan Anisah menguruskan hal rumah di Malaysia. Banyak urusan tertangguh berikutan jarak mereka yang jauh di perantauan. Jadi peluang selama berada di Malaysia ini kami dipertanggungjawabkan untuk melangsaikan urusan-urusan tersebut. Kami diberi tugas untuk mencari penyewa dan pembeli rumah yang berminat. Tugas nampak agak mudah tapi tak semudah membeli gula-gula di kedai. Banyak prosedur yang perlu kami lalui,disamping berbincang dan meminta pandangan ibubapa. Antaranya kami perlu berurusan dengan agen hartanah,dan berjumpa dengan orang yang berminat untuk membeli atau menyewa tanpa mengira waktu dan kadang-kadang terpaksa berulang alik ke tempat yang jauh. 'Ala kulli hal' semua ini adalah sesi pengajaran dan pembelajaran untuk menjadi 'dewasa' dan matang.

Disamping menyibukkan diri dengan keluarga dan urusan 'kerja', hubungan dengan sahabat tak boleh dianggap mudah. Aku dan Anisah sedaya upaya untuk membahagikan masa secukupnya dengan mereka. Pantang ada waktu terluang dengan mereka, sebolehnya kami ingin memanfaatkannya bersama mereka. Antara perkara yang paling diingati ialah bermain batting cages (kandang besbol) dan bowling,selain itu juga cuti kali ini boleh juga dianggap seperti menyertai program 'jalan-jalan' cari makan. Mana tidaknya,bila diajak keluar mesti mahu ke restoran atau medan selera yang baru. Sampai segan aku sebab badan dah mula 'naik'. Dan paling diingati ialah kami ke Genting Highland dengan merancang dalam beberapa minit dan naik kesana hanya dengan memakai t-shirt. Saja nak 'test' kekuatan badan menahan sejuk. Mungkin badan dan terbiasa dengan sejuk di Mesir,jadi hanya rasa sedikit sejuk di puncak Genting. Bila melihat beberapa kumpulan anak muda yang memakai pakaian sejuk di sana,rasa geli hati pula..opss,terbelagak pula.

Dalam hidup berkawan,kita kena memilih kawan yang begitu memahami. Alhamdulillah,Allah temukan aku dengan Aaman,Hadi,Anuar,Syaid,Iefiz,Nabihah,Auni dan Atyah. Dan aku mengenali mereka melalui isteriku tercinta Anisah. Tapi kepulangan kali ini Iefiz tiada kerana masih di UK. Kami sering berkumpul untuk bermain badminton yang menjadi pilihan semua. Ada rezeki kita main lagi ya!

Banyak sebenarnya kalau nak ceritakan semua,mungkin sampai berjela-jela. Tapi untuk kali ini hanya sampai disini. Kalau ada lagi kita sambung lagi.

Assalamualaikum.

Comments

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Damsyik dan Istanbul #2

Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2 Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini. 2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijam...

Hari ini?

Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala. Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan ' qarar' ,tapi tu bukan bermaksud Azhar tak ' syadid' . Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu. Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat '. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman ...