Skip to main content

Suhaib Bin Sinan


Suhaib Bin Sinan adalah seorang pemuda yang miskin. Beliau hidup dalam keadaan yang sungguh sederhana. Ayahnya seorang pegawai dalam kerajaan Iran Mosul yang bernama Sinan. Sungguhpun demikian,Suhaib sentiasa berusaha mencari kebenaran dalam hidupnya. Dan akhirnya dia memeluk Islam.

Sewaktu meletusnya perang di antara Parsi dan Rom Byzantine,Suhaib masih muda belia. Ia ditawan oleh musuh dan dijadikan hamba. Kemudian beliau tinggal di suriah. Selepas itu dia tidak lagi berbahasa Parsi iaitu bahasa ibundanya. Kemudian ditambah diakhir namanya dengan 'Ar-rumi'. Dan akhirnya dia dijual kepada Ibnu Jadan,iaitu salah seorang hartawan di Kota Mekah.

Pada awal kemunculan agama Islam di Kota Mekah,Suhaib sudahpun berada di kota tersebut. Beliau merasa terpanggil dengan ajaran yang mulia ini. Pada permulaan,penyebaran agama islam dipusatkan di salah satu tempat iaitu di Bukit safa lebih tepatnya di rumah Abi Arqam. Disinilah Suhaib mengucapkan syahadah dan janji setianya sebagai muslim seterusnya mendapat tunjuk ajar dari Nabi Muhammad (SAW). Kesetiaannya kepada Nabi Muhammad (SAW) tidak mengenal batas,baik dalam keadaan perang,krisis mahupun dalam keadaan damai.

Dalam menjalankan perintah Allah (SWT) pada mulanya Suhaib menjalankannya secara sembunyi kerana banyak tentangan dari golongan musyrikin Quraish Mekah. Mereka amat membenci dengan ajaran baru ini. Walaupun demikian,Suhaib tetap tabah dan sabar. Tidak ada seorang pun yang mampu menggoyahkannya. Keterampilan dan kepandaian Suhaib sangat mengagumkan,hal ini dibuktikan dengan kemahirannya mengendalikan panah dan busurnya di medan perang.

Pada setiap peperangan,Suhaib sentiasa menjaga keselamatan Rasulullah (SAW) dan berani kedepan walaupun bertaruh nyawa demi membela Rasulullah (SAW). Ketinggian peribadi Suhaib Bin sinan terlihat ketika penghijrahannya ke Kota Madinah. Penduduk Mekah tidak membenarkannya ikut serta dalam penghijrahan kerana beliau dahulunya datang ke Mekah dalam keadaan miskin,dan kini beliau sudah kaya. Tetapi Suhaib dengan ikhlas hati meninggalkan segala harta kekayaannya.

Akhirnya,suhaib ikut serta dalam hijrah tersebut hanya dengan membawa sehelai baju dan seluar. Kemudian beliau bertemu dengan Rasulullah (SAW) di Quba' beserta dengan golongan Ali Bin Abi Talib. Dengan peribadi dan tingkah lakunya itulah dia dipandang mulia di dalam masyarakat,baik pada zaman Rasulullah (SAW) mahupun selepas wafatnya. Suhaib Bin Sinan wafat di Kota Madinah pada bulan Syawal tahun 38Hijrah pada usianya 73 tahun dan dikebumikan di tanah perkuburan Baqi'.

Comments

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Damsyik dan Istanbul #2

Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2 Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini. 2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijam...

Hari ini?

Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala. Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan ' qarar' ,tapi tu bukan bermaksud Azhar tak ' syadid' . Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu. Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat '. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman ...