Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2012

Miqdad Bin 'Amr

(sekadar gambar hiasan) Miqdad bin ‘Amr termasuk golongan yang pertama kali masuk Islam. Beliau juga adalah orang ke tujuh yang menyatakan keislaman secara terang-terangan dan rela menanggung penderitaan dan seksaan dari amrah murka dan kekejaman kaum Quraisy. Keberanian dan perjuangannya di medan perang Badar akan selalu diingati oleh kaum muslimin sampai saat ini. Bahkan Abdullah bin Mas’ud, seorang sahabat Rasulullah pernah berkata, “Saya telah menyaksikan perjuangan Miqdad, sehingga saya lebih suka menjadi sahabatnya daripada segala isi bumi ini…” Miqdad bin ‘Amr pernah tampil berbicara membakar semangat di tengah ketakutan dan kerisauan kaum Muslimin dalam peperangan Badar kerana kekuatan musuh yang begitu dahsyat. Miqdad berkata, “Ya Rasulullah… Teruslah laksanakan apa yang diperintah oleh Allah, dan kami akan bersama anda! Demi Allah kami tidak akan berkata seperti apa yang dikatakan Bani Israil kepada Nabi Musa, “Pergilah kamu bersama Tuhanmu dan berperanglah”, sedang...

Oum Ahmed,khadam pertama

ISTERI MURSI ULANGI TOLAK GELARAN 'WANITA PERTAMA' TETAPI 'KHADAM PERTAMA' Isteri Presiden Mesir, Puan Najla' Mahmud mengulangi pendirian beliau sebelum ini menolak gelaran 'Wanita Pertama' untuk dirinya. Beliau turut mengulangi ucapan suaminya semalam bahawa Presiden tidak memiliki apa-apa hak melainkan kewajipan yang mesti ditunaikan yang berbeza dengan rakyat yang mempunyai hak sambil menggelarkan dirinya sebagai 'Khadam Pertama' bagi menggantikan gelaran 'Wanita Pertama'. Kata Najla' lagi, sesiapa boleh memanggilnya dengan "Ummu Ahmad" atau "Saudari Najla" atau juga "Hajah Najla" sambil mengingatkan bahawa Islam tidak pernah membezakan antara satu sama lain. Selepas suaminya diumumkan sebagai Presiden, aktiviti pertama beliau ialah menziarahi ibu As-Syahid Mahmud Sulaiman, seorang pemuda yang terkorban dalam revolusi yang berasal dari wilayahnya, Syarqiyah. -sumber FB Abdul Malik-