Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

Sepetang di Alex

  Badan masih lagi terasa kepenatan, terasa asing pula. Semalam baru sahaja di KL hari ni sudah di Alex. Baru terasa macam semalam baru sampai Malaysia,tup tup hari ni dah di Alex. Bermulalah sesi perjalanan ilmu yang baru. Kembali bertemu rakan-rakan..oh sebelum itu 'tahniah' kepada rakan-rakan yang berjaya menamatkan pengajian tahun ini.     Segala keriangan dan keseronokan sementara di Malaysia harus dibuang secepat yang mungkin,tak mahu terbuai mimpi indah yang sementara. Tugas dan azam baru untuk sesi yang baru ini adalah bagaimana untuk memaksimakan ilmu. Bagaimana untuk menjadi oang yang hebat? Aku harus bermula sekarang, patutnya lama dah kena mula..adoiii.      Tahun ni juga kena mantapkan perniagaan kecil-kecilan aku dan isteri 'kitsclub' yang diberi nafas baru. Sebelum ini menggunakan nama 'wallis house', sebab mungkin nama tu macam pinjam nama orang. Jadi kita perlukan tapak kita sendiri. Agar senang orang nak ingat kita. Tak best duduk...

Malaysiaku Terchenta

Assalamualaikum, Minta maaf banyak-banyak pada kawan-kawan yang selalu menjengah blog ni tapi malangnya tak ada 'update'. Masa yang terlalu singkat ditambah dengan beberapa urusan yang perlu diselesaikan sepanjang percutian kami di Malaysia ini. Berkira-kira untuk berkongsi beberapa cerita tapi mungkin masa tak mencukupi untuk berceloteh panjang,namun mungkin cukup dengan beberapa gambar sekadar ringkasan cerita. Terus-terang aku bagitau, aku tak banyak kawan kat Malaysia,bukan tak banyak tu bukan sebab memang tak ada kawan langsung tapi sebab semua ada tanggungjawab masing-masing. Alhamdulillah kepulangan kali ini agak lama hampir 2 bulan berbanding sebelum ni,banyak jugak benda nak buat tapi dalam soal sosial tak boleh tinggal. Terima kasih aku ucapkan pada Syahid,Aaman,Iefiz,Hadi,Atiyah,Auni dan Nabihah sebab diorang ni antara kawan-kawan yang selalu ada dengan kami. Tak lupa juga pada Muhanad Al-Kaladi dan Daniel Price,sebab kali ni aku boleh bertambah rapat dengan di...