Skip to main content

Malaysiaku Terchenta

Assalamualaikum,

Minta maaf banyak-banyak pada kawan-kawan yang selalu menjengah blog ni tapi malangnya tak ada 'update'. Masa yang terlalu singkat ditambah dengan beberapa urusan yang perlu diselesaikan sepanjang percutian kami di Malaysia ini. Berkira-kira untuk berkongsi beberapa cerita tapi mungkin masa tak mencukupi untuk berceloteh panjang,namun mungkin cukup dengan beberapa gambar sekadar ringkasan cerita.

Terus-terang aku bagitau, aku tak banyak kawan kat Malaysia,bukan tak banyak tu bukan sebab memang tak ada kawan langsung tapi sebab semua ada tanggungjawab masing-masing. Alhamdulillah kepulangan kali ini agak lama hampir 2 bulan berbanding sebelum ni,banyak jugak benda nak buat tapi dalam soal sosial tak boleh tinggal. Terima kasih aku ucapkan pada Syahid,Aaman,Iefiz,Hadi,Atiyah,Auni dan Nabihah sebab diorang ni antara kawan-kawan yang selalu ada dengan kami. Tak lupa juga pada Muhanad Al-Kaladi dan
Daniel Price,sebab kali ni aku boleh bertambah rapat dengan diorang. Rasa macam aku ni sekolah international school pulak,seorang dari Qatar seorang lagi pulak anak kacukan British.

Sepanjang Ramadhan mungkin urusan hanya berlegar sekitar puasa,persiapan kenduri kahwin Aisyah,dan beberapa urusan lain seperti bawak Baba (pak mertua) pergi fisioterapi di hospital. Kemudian bermula hari raya pertama maka kami semua sibuk dengan persiapan kenduri Aisyah. Hari raya pertama kami sambut di Taman Keramat,petangnya pula kami bergegas ke Sungai Panjang untuk bertemu dengan keluarga disana pula. Awal pagi raya kedua kami terus menuju ke Muar,Johor untuk beraya bersama keluarga sebelah baba disana,dan pada awal pagi raya ketiga kami (aku,Anisah & Raudhah) ditambah dengan Muhanad yang turut ikut kami menuju ke Kedah. Ini mungkin menjadi kali pertama Muhanad ke Kedah,aku pun rasa teruja nak kenalkan dia dengan keluarga Kedah aku. Kalau korang nak tau,Muhanad ni adalah kawan arab aku yang pertama paling baik dalam sejarah aku berkawan dengan arab. Kalau tak percaya aku boleh bawak dia jumpa dengan korang. Aku bukan nak puji sangat,tapi sikap dia ni buat keluarga aku semua senang dengan cara dia sebagai arab.

Pada masa aku menulis ni ada hampir 4-5 hari lagi menuju plan kami (Escapees) ke Port Dickson. Jadi aku bagi korang tatap gambar lah ye! Nak cerita semua program kami kat sana,penat.










Comments

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Damsyik dan Istanbul #2

Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2 Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini. 2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijam...

Hari ini?

Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala. Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan ' qarar' ,tapi tu bukan bermaksud Azhar tak ' syadid' . Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu. Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat '. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman ...