Stadium Sheffield Wednesday Seminggu selepas tamat kerja aku di London sebagai cleaner, kawan aku Asyraf ajak duduk dengan dia seminggu di Sheffiled. Aku tak ramai kawan di London, jadi Asyraf ni kira antara kenalan yang aku mula kenal disini. Selang beberapa hari aku terus bergerak sendiri ke Sheffield sebab Asyraf sudah pulang dahulu. 4 kali aku ulang alik ke UK, tapi ini kali pertama aku keluar dari London sendirian. Pelik kan? sebab selalunya aku hanya habiskan masa dengan keluarga di London. Aku tiba di Sheffield dengan menaiki keretapi, walaupun tak pernah bergerak sendiri namun sampai masa perlu berdikari. Sewaktu dalam perjalanan ke Sheffield, aku tertarik dengan kawasan ini yang dipenuhi dengan bukit bukau dan padang rumput yang menghijau, aku dapat menjangkakan bila tiba musim sejuk,lautan salji pasti akan menutupi segenap penjuru Sheffield ini dan hanya permandangan putih dapat dilihat. Komuniti melayu disini dikatakan agak besar selepas London dan Manchester,...
berjalan dan bermusafirlah