Skip to main content

Sheffield 2013

Stadium Sheffield Wednesday
Seminggu selepas tamat kerja aku di London sebagai cleaner, kawan aku Asyraf ajak duduk dengan dia seminggu di Sheffiled. Aku tak ramai kawan di London, jadi Asyraf ni kira antara kenalan yang aku mula kenal disini. Selang beberapa hari aku terus bergerak sendiri ke Sheffield sebab Asyraf sudah pulang dahulu. 4 kali aku ulang alik ke UK, tapi ini kali pertama aku keluar dari London sendirian. Pelik kan? sebab selalunya aku hanya habiskan masa dengan keluarga di London.

Aku tiba di Sheffield dengan menaiki keretapi, walaupun tak pernah bergerak sendiri namun sampai masa perlu berdikari. Sewaktu dalam perjalanan ke Sheffield, aku tertarik dengan kawasan ini yang  dipenuhi dengan bukit bukau dan padang rumput yang menghijau, aku dapat menjangkakan bila tiba musim sejuk,lautan salji pasti akan menutupi segenap penjuru Sheffield ini dan hanya permandangan putih dapat dilihat.


Komuniti melayu disini dikatakan agak besar selepas London dan Manchester,namun agak susah juga nak bertemu masyarakat melayu dalam jumlah yang ramai jika dijalanan,mungkin disebabkan musim panas pada tahun ini yang mencapai suhu 30 darjah celsius,ramai yang senang untuk berehat dirumah tambahan pula berpuasa di bulan Ramadhan mencapai 19 jam sehari. Walaupun pekan Sheffield ini agak kecil jika dibandingkan dengan Manchester dan London,tapi segala kemudahan cukup seperti kebanyakkan bandar lain di England. Dan kemudahan pengangkutan awam semestinya mencukupi bagi negara maju seperti ini. Antara pengangkutan awam yang menjadi pilihan disini adalah tram,bas dan terakhir teksi. Kebanyakkan rakyat Malaysia disini tinggal dibanyak kawasan di Sheffield, dan antara tempat yang menjadi pilihan semestinya dan berhampiran dengan universiti, tak susah untuk mencari penempatan Malaysia disini,jika dari stesen keretapi Sheffield ambil tram dan berhenti di stesen Sheffield University.

Asyraf 
Dan sebahagian penduduk di sini terbahagi kepada masyarakat tempatan dan ada juga imigran dari afrika dan sebagainya, maka jangan risau jika hendak mencari makanan halal dan juga masjid. Dan satu lagi,jangan terkejut kerana di sini anda akan kerap melihat bangsa cina di merata-rata tempat di Sheffield,dan rata-rata mereka adalah penuntut di Universiti Sheffield yang terkenal dengan bidang engineering. Sehinggakan pernah timbul di dalam komentar yahoo UK persoalan mengapa terlalu ramai bangsa cina di Sheffield,pada mulanya aku rasakan lucu sehingga timbul di ruangan internet.

Dibawah ini aku sertakan butiran bagaimana untuk ke Sheffield:

1. Tambang keretapi dari London mengikut keadaan £15-£25
2. Tambang tram (dayrider) £4, dan jika (pay as you go) berbeza mengikut tempat yang hendak dituju.



Comments

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Damsyik dan Istanbul #2

Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2 Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini. 2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijam...

Hari ini?

Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala. Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan ' qarar' ,tapi tu bukan bermaksud Azhar tak ' syadid' . Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu. Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat '. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman ...