HARI PERTAMA Sebenarnya tajuk France tu tak sesuai,sebab aku tak pergi seluruh tempat dekat France pun,hanya duduk di Paris je. Tapi sebab nak sesuaikan dengan tajuk post yang lain,jadi aku tulis juga France. Apa-apa pun ceritanya disini kami semua group Escapees dah merancang lama untuk trip ke eropah. Tapi diorang yang lain akan jelajah 3 negara,manakala aku,Anisah dan Raudhah hanya sempat 2 negara sahaja. Ceritanya aku dah habis kerja masa bulan 7, kemudian aku berehat sebulan untuk puasa bulan 8,, bulan 9 aku bosan tak buat apa-apa jadi aku cari kerja di ladang hazelnut dan awal bulan 10 trip kami ke Paris. Perancangan kami di Paris tak lama hanya selama 3 hari 2 malam, selepas itu diorang akan sambung perjalanan ke Spain. Baik, sebenarnya aku dah lupa tarikh yang tepat masa kami bertolak ke Paris. Seingat aku awal bulan 10. Aku dah tempah tiket keretapi eurostar 2 bulan awal, harga untuk seorang adalah 89euro. Mahal jugak, baik naik kapal terbang. Tapi untuk memudahkan kami...
berjalan dan bermusafirlah