Skip to main content

France 2013


HARI PERTAMA

Sebenarnya tajuk France tu tak sesuai,sebab aku tak pergi seluruh tempat dekat France pun,hanya duduk di Paris je. Tapi sebab nak sesuaikan dengan tajuk post yang lain,jadi aku tulis juga France.
Apa-apa pun ceritanya disini kami semua group Escapees dah merancang lama untuk trip ke eropah. Tapi diorang yang lain akan jelajah 3 negara,manakala aku,Anisah dan Raudhah hanya sempat 2 negara sahaja. Ceritanya aku dah habis kerja masa bulan 7, kemudian aku berehat sebulan untuk puasa bulan 8,, bulan 9 aku bosan tak buat apa-apa jadi aku cari kerja di ladang hazelnut dan awal bulan 10 trip kami ke Paris.

Perancangan kami di Paris tak lama hanya selama 3 hari 2 malam, selepas itu diorang akan sambung perjalanan ke Spain. Baik, sebenarnya aku dah lupa tarikh yang tepat masa kami bertolak ke Paris. Seingat aku awal bulan 10. Aku dah tempah tiket keretapi eurostar 2 bulan awal, harga untuk seorang adalah 89euro. Mahal jugak, baik naik kapal terbang. Tapi untuk memudahkan kami bergerak,lagipun stesen keretapi St Pancrass King Cross dekat je dengan rumah kami.


Sepatutnya budak-budak Escapees (Hadi,Syahid,Aaman & Atiyah) sampai di London awal sehari,bermakna diorang akan bergerak ke Paris sekali dengan kami (aku,Anisah,Raudhah & Iefiz). Tapi diorang ada masalah dengan tiket flight KL-London sebab kena tipu dengan ejen. Alhamdulillah, rezeki diorang dapat tiket last minute naik Qatar airways. Diorang akan sampai sehari lewat, dan akan terus pecut ke Paris hari yang sama sampai dari KL. Hadi pula dah dapat tiket awal,dia gerak direct dari KL-Paris,maka dia akan menjadi orang yang paling awal sampai ke Paris.

Perjalanan kami dari Paris sekejap je dalam 2 jam setengah. Tak sempat nak panas bontot tau-tau dah sampai. Macam dari Alex ke Mansoura. Ini kiranya kali pertama aku sampai negara eropah selain UK dan bukan bercakap english. Maka agak teruja jugaklah, trip kali ni aku serah bulat-bulat kat Anisah untuk handle sebab aku tak ada masa sibuk dengan kerja. Kami tiba di stesen keretapi Gare Du Nord sekitar jam 10 pagi. Pagi tu memang ramai betul orang, kami pun taknak terburu-buru. Sebab nak kena adapt dengan keadaan. Kat sana memang tak cakap english jadi agak susah jugaklah sebenarnya. Kami pun hanya ikut direction dari email penginapan kami. Seterusnya kami ambil bas dan terus ke Abbesse kerana penginapan kami terletak di kawasan Monmarte. Kami menyewa apartment memandangkan jumlah kami agak ramai,rugi rasanya kalau ambil dorm. Nama apartment kami Souplex a Montmarte beralamat di 52,Rue d'Orsel,Montmarte.


Tugas pertama kami bila sampai di kawasan Montmarte ialah bertemu dengan Hadi. Lama dah Hadi menepek dekat cafe cina tu, seterusnya kami pergi mencari apartment yang terletak tak jauh dari situ.

Kami hanya dibenarkan untuk meletakkan beg kami sahaja sebab apartment tu baru saja orang keluar dan tuan rumah kata dia perlu masa untuk kemas rumah. Kami tak kisah sebab memang kami sampai awal. Kami terus keluar berjalan-jalan di kawasan sekitar, keadaan tak meriah lagi sebab baki yang dari KL tak sampai lagi. Kami berjalan ke Anvers,kebetulan waktu tu ada pasar karat. Kawasan Anvers ni sebiji macam di Mahttah Raml Alex,lagipun memang Mesir tiru binaan dari sini jadi tak hairan sangat, bau hancing pun sama. Kami menapak lagi sampai ke Mouline Rouge,apa bangang la tempat ni,haha, kami sekadar ambil gambar buat kenang tak kenang. Perut pun mula berbunyi jadi kami singgah di kedai kebab Morocco, jarang dapat rasa kebab sedap macam di sini. Teruja betul Anisah masa makan tu. Sambil-sambil tu kami berborak dengan tuan kedai tentang hal semasa.

Kawasan Montmarte ni memang terkenal bagi pelancong, ramai orang akan ke sini sebab banyak hotel-hotel murah. Kawasan ni penuh dengan restoran dan kedai-kedai souviner. Selesai makan, kami pulang ke apartment untuk rehat dan solat. Kemudian kami berjalan kaki ke  Sacre-Coeur, iaitu sebuah cathedral lama terletak di atas bukit. Kita diberi pilihan samada nak naik kereta kabel atau mendaki menggunakan tangga,dan kami pilih untuk menggunakan tangga lagipun boleh jimat duit. Benda pertama yang menarik perhatian aku masa disitu adalah bunyi alat muzik accordion, sangat-sangat la memukau macam dalam iklan bedak enchanteur. Kami hanya berjalan diluar,tak masuk sampai ke dalam pun. Masa lepak di tangga kebetulan ada seorang lelaki negro ni buat persembahan 'football freestyle',aku pernah tengok dia dalam youtube kebetulan pula hari ni dapat tengok depan mata.

Kami turun dari situ hampir lewat petang,Anisah pula nak terus pulang ke rumah,lagipun Raudhah dah penat. Si kecil tu pun masih menyusu badan lagi. Aku pula mengajak Hadi dan Iefiz ke Stadium Paris St Germain. Stadium tu agak jauh juga dari kawasan penginapan kami, jadi kena pergi juga hari ni, sebab aku tahu esok mesti tak sempat. Di stadium, kami memang hanya dapat untuk bergambar sahaja sebab hari hampir gelap. Kami dapat tahu yang Escapees (Syahid,Aaman dan Atiyah) dah sampai London, dan mereka terus ke bergerak ke Paris dengan keretapi. Jam 10 malam mereka sampai di apartment. Dan berkumpullah kami semua seramai 8 orang malam itu.

HARI KEDUA

Esok paginya,agak meriah bersarapan sebab dah ramai-ramai. Setelah itu kami memulakan program pertama dengan menaiki metro menuju ke Eiffel Tower. Semua nampak teruja,sebab akhirnya sampai juga ke sini. Aku,Hadi,Syahid dan Aaman panjat tangga sampai ke atas,manakala baki yang lain mahu santai dibawah melepak di taman. Pemandangan memang sangat cantik sebab dapat tengok bandar Paris dari atas. Cuaca waktu tu sederhana dan berangin. Memang lama juga kami disitu sebab masing-masing nak gambar yang perfect. Kemudian kami menaiki cruise sepanjang sungai dengan bayaran 13euro seorang.

Seterusnya kami ambil metro ke Arc De Triomphe, dan dari situ kami berjalan terus menyelusuri jalan Champs-Elysees,kawasan yang sangat popular untuk peminat fesyen. Aku malas nak cerita sangat, sebab tak minat. Scenery waktu tu memang indah dengan daun-daun banyak gugur di sepanjang jalan,menaikkan lagi karektor Paris yang terkenal dengan kota cinta ditambah pula dengan alunan muzik accordion. Seterusnya kami berehat sebentar di Jardin Des Tuileries untuk menunaikan solat zuhur & asar. Orang ramai disitu agak pelik tengok kami bersolat, tapi lantaklah yang penting tak terlepas waktu. Selesai solat kami terus ke Musee de Louvre yang terkenal dengan tempat simpannya potret Mona Lisa.

Waktu malam pula, aku,Anisah dan Aaman keluar membeli makanan,tapi sebelum tu kami berjumpa dengan Kira Zaghlol junior Anisah di Alex. Kebetulan dia ajak jumpa sekejap. Kawasan Anvers ni penuh dengan arab,kedai-kedai sampai ke rumah pelacuran pun dijaga oleh arab. Kami agak berhati-hati juga dengan arab disitu sebab aku tahu arab disini banyak kumpulan mafia. Budak-budak Escapees yang lain sibuk mengemas barang barang sebab awal-awal pagi lagi diorang nak ke airport untuk ke Spain. Malam tu aku,Anisah dan Aaman sempat la singgah untuk beli souviner sebelum masing-masing nak berangkat dan menghabiskan malam terakhir di Paris.

HARI KETIGA

Awal pagi ni hanya tinggal kami bertiga, rumah ni kembali sunyi. Tapi yang istimewanya sebab Maryam kawan Anisah semasa di maahad datang melawat kami disini. Dia ni keturunan afrika tapi menetap di Paris. Pagi tu dia bawakan kami croissant dan beberapa jenis roti, kami happy sangat sebab dapat rasa croissant yang asli di Paris. Dia meninggalkan kami sebab ada urusan kerja dan kami berangkat ke stesen keretapi pada jam 9 pagi dan meneruskan perjalanan pulang ke London.












Comments

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Damsyik dan Istanbul #2

Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2 Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini. 2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijam...

Hari ini?

Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala. Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan ' qarar' ,tapi tu bukan bermaksud Azhar tak ' syadid' . Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu. Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat '. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman ...