Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2020

Perasaan

Hari ni aku bertarung dengan perasaan aku sendiri, aku tak mampu untuk meluahkan pada sesiapa. Ataupun perasaan ini hanya aku seorang yang merasainya. Maafkan aku kerana tak mampu untuk luahkan, bukan tak sudi tapi aku sendiri tak tahu bagaimana mahu mengungkapkannya. 

Resepi Kusyari

Bulan puasa ni teringin pula makanan Mesir, alang-alang rumah aku dekat dengan kedai arab apa lagi kan. Terus aku ajak orang rumah serbu cari bahan-bahan untuk buat Kusyari. Mengidam lama dah ni. Jadi di link youtube ni aku kongsikan resepi mudah untuk membuat Kusyari. Bahan-bahannya:  1) Beras arab 2 cawan 2) Makaroni Vermacelli 1 cawan 3) Lentil 1 cawan  4) Kacang Kuda 1 cawan  5) Tomato 3 biji 6) Bawang besar 2 biji 7) Tomato Puri 2 sudu besar  8) Sos cili bercuka  9) Daun Ketumbar  10) Bawang Goreng 11) Garam 12) Minyak Zaitun  13) Serbuk jintan manis 14) Serbuk lada putih. Cara-cara :  1) Rendam kacang kuda semalaman dan rebus dengan sedikit garam 2) Rendam lentil 2-3 jam dan rebus  3) Goreng makaroni vermacelli dengan sedikit minyak zaitun sehingga bertukar warna 'brown', kemudian masukkan beras arab yang sudah dibasuh. Masukkan air dengan nisbah 2 cawan beras : 3 1/2 cawan air. Seeloknya masak dalam 'rice cooker' supaya naik cantik. Ap...