Skip to main content

Resepi Kusyari



Bulan puasa ni teringin pula makanan Mesir, alang-alang rumah aku dekat dengan kedai arab apa lagi kan. Terus aku ajak orang rumah serbu cari bahan-bahan untuk buat Kusyari. Mengidam lama dah ni. Jadi di link youtube ni aku kongsikan resepi mudah untuk membuat Kusyari.

Bahan-bahannya: 

1) Beras arab 2 cawan
2) Makaroni Vermacelli 1 cawan
3) Lentil 1 cawan 
4) Kacang Kuda 1 cawan 
5) Tomato 3 biji
6) Bawang besar 2 biji
7) Tomato Puri 2 sudu besar 
8) Sos cili bercuka 
9) Daun Ketumbar 
10) Bawang Goreng
11) Garam
12) Minyak Zaitun 
13) Serbuk jintan manis
14) Serbuk lada putih.

Cara-cara : 

1) Rendam kacang kuda semalaman dan rebus dengan sedikit garam
2) Rendam lentil 2-3 jam dan rebus 
3) Goreng makaroni vermacelli dengan sedikit minyak zaitun sehingga bertukar warna 'brown', kemudian masukkan beras arab yang sudah dibasuh. Masukkan air dengan nisbah 2 cawan beras : 3 1/2 cawan air. Seeloknya masak dalam 'rice cooker' supaya naik cantik. Apabila sudah masak, gaulkan nasi agar makaroni vermacelli masuk sekata.

Sos:

1) Kisar sebahagian tomato
2) Potong bawang besar secara dadu halus dan tumiskan,
3) Masukkan serbuk jintan dan tumis bersama,
4) Masukkan tomato puri,
5) Masukkan sos cili bercuka,
6) Masukkan tomato yang sudah dikisar,
7) Masukkan serbuk lada putih 
8) Akhir sekali masukkan daun ketumbar untuk menaikkan rasa Mediterranean. 
9) Siap untuk dihidang bersama bawang goreng.

Makan panas-panas sedap tau! 

Comments

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Kasihan pada pengikut Syiah

Bismillahhirrahmanirrahim.. Sambil-sambil search kat google,terselak kat ruangan yang hangat bincangkan tajuk Syiah di Malaysia. Aku rasa benda ni bukan benda baru,tapi sekarang ni baru nak panas sampai ke pihak media. Setakat ni baguslah,respon dari masyarakat pun positif. Aku cuma kesiankan puak yang menyokong syiah. Untuk pengetahuan kalian-kalian yang dok taksub sangat dengan ajaran ni,inilah ajaran yang boleh disamakan dengan ajaran ayah pin. Maksud aku fahaman syiah yang taksub dengan ahli bait (keturunan Saidina Ali). Tapi bukan semua fahaman syiah ni sesat,seperti yang korang semua tau. Syiah ni pun terpecah kepada 72 kumpulan. Ada yang betul dan ada yang terpesong. Tapi yang jelas,golongan yang terpesong inilah yang selalu cari pasal. Masing-masing dah faham agama,terpulang pada korang nak pilih yang mana. Ulama' pun dah banyak kali cakap pasal ni. Korang jangan main-main. Ini tentang akidah,perkara asas dalam i'tikad dalam iman.

Butterton 2018 #3

Keesokkan paginya setelah selesai solat subuh, kami cergas bangkit untuk sarapan. Setelah itu kami pun bersiap dan mengemas untuk meninggalkan Butterton. Walaupun hanya sempat untuk 1 malam sahaja di sana namun itu cukup untuk kami menenangkan minda dan berehat. Setelah meninggalkan Butterton amatlah rugi kalau kami terus pulang ke London. Jadi aku pun 'google' lokasi mana yang kami boleh singgah, sekurangnya-kurangnya sambil menyelam minum air. Lagipun kami kena hantar kereta sebelum jam 8 malam. Maka aku cadangkan untuk ke Leicester. Sebabnya hanya satu ialah kami nak ke stadium keramat King Power. Perjalanan dari pekan Leek taklah begitu lama,hanya sekitar 1 jam 25 minit sahaja,hampir tak terasa pun sebab sibuk kami berborak dan mendengar lagu. Oh, sebelum tu kami singgah sebentar di pasar ahad di pekan Leek,tapi takda apa yang menarik hanya sekadar menyinggah. Sesampainya di Leicester kami terus ke Stadium King Power, seingat aku kami sampai dalam jam 11 ...