Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2007

Che Guevara

Ernesto Guevara de la Serna ( June 14 , [1] 1928 – October 9 , 1967 ), commonly known as Che Guevara, El Che or just Che was an Argentine -born Marxist revolutionary , political figure , and leader of Cuban and internationalist guerrillas . As a young man studying medicine , Guevara travelled throughout South America , bringing him into direct contact with the impoverished conditions in which many people lived. His experiences and observations during these trips led him to the conclusion that the region's socio-economic inequalities could only be remedied by socialism through revolution, prompting him to intensify his study of Marxism and travel to Guatemala to learn about the reforms being implemented there by President Jacobo Arbenz Guzmán . While in Mexico in 1956, Guevara joined Fidel Castro 's revolutionary 26th of July Movement , which seized power from the regime of the dictator General Fulgencio Batista in Cuba in 1959. In the months after the success of the ...

Penatnya

Assalamualaikum,,aper kabar sumer `kipas susah mati` TEOS? Hari ni takde apa-apa nak tulis sajer nak isi sikit,tadi aku baru lepas dapat senarai yahudi islam jadi aku nak masukkan kat blog ni,mungkin ader penting jugak kita kenal individu-individu ni kan? sekurang-kurangnye dapat ilmu sikit.. Tadi aku join study group aku kt umah Bashir,malam ni kitorang ader kelas fiqh muamalat,alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun ada yg masih penat lagi. Kadang-kadang kalau bab Fiqh ni tak boleh nak belajar sendiri jer,maklumlah benda Fiqh ni kan kritikal,kalo baca sorang-sorang tetiba ader salah, siapa nk tunjuk ajar? Pagi tadi aku terlepas nk pergi kuliah sebab penat sangat baru balik dari Kaherah pasal lawatan Perdana Menteri kita dan ada karnival MECC, menyesal jugak tak pergi kuliah,tapi nk buat macam mana kalau aku nak pergi jugak, baju semua aku basuh. InsyaALLAH lepas ni aku akan berjanji takkan ponteng kuliah lagi. Hari ni jugak aku dapat housemate baru,nama dia Jaafar,kesian ten...

Sejuknya.

Assalamualaikum,macam mana dengan kuliah? Ok? kuliah dah mula,kitab kuliah pun dah banyak keluar,study group dah mula kot,kalau macam budak kuliah aku diorang dah start,pulun tiap-tiap malam..oo satu lagi,SELAMAT DATANG MUSIM SEJUK,hehehe kalo musim sejuk ni,tido la yg paling best kan? Dulu senior-senior aku ada jugak cakap,"Mesir syurga tidur",macam pelik kan? Tapi mak aku ada jugak cakap macam tu,mula tu macam tak percaya je,tapi bila dah sampai sini rasanya betul juga kot "PERIBAHASA" tu,ada lagi tu aku dengar tidur dah tak ingat dunia,bangun time makan dengan sembahyang jer. Baik jugak, sembahyang tak tinggal. Apa yang aku nk sembang kat sini ialah pasal tidur. Apa yg aku tahu `tidur` tu untuk menyegarkan badan ataupun sekurang-kurangnya merehatkan je. Tapi kalau dah tidur 3 hari tak bangun-bangun ni apa kes? Takkan la kita yang kat Mesir ni asyik nak kena kutuk dengan orang luar je,kang kalo sembang pasal Mesir ni,orang luar kata Mesir ni tidur je la,tak r...

Sejenak di Mansurah

Mansurah adalah salah sebuah negeri yang terletak di sebelah utara Mesir.Negara yang mempunyai 4 musim ini juga dikelilingi padang pasir yang meluas adalah suatu rahmat Allah.Mansurah juga tidak terpinggir dari memiliki keindahan alam ciptaan yang maha Esa bagi memberi peluang kepada hambanya untuk memerhati dan memikirkan akan kebesaran Allah yang maha agung. Universiti Al-Azhar yang tersergam megah dengan kehebatan ulama-ulama yang terbit dari universiti ini telah menjadi titik tolak bagi pelajar dari seluruh kawasan Mansurah dan juga negeri-negeri yang berhampiran dengannya serta pelajar-pelajar 'wafideen' yang datang dari Malaysia,Indonesia,Thailand,Syiria,Uzbekistan,India,Qomoros dan lain-lain negara untuk memilih universiti ini sebagai tempat menimba ilmu. Universiti Al-Azhar di Mansurah ini terbahagi kepada dua.Pertama untuk pelajar lelaki yang terletak di bandar Salam,dan yg kedua untuk perempuan yang terletak di Jalan Dirasaat. Bagi Azhar(lelaki) hanya dibuka Bi...

Levis

HISTORY Levi Strauss & Co. (LS&CO) is a privately held clothing company known worldwide for its Levi's brand of denim jeans . It was founded in 1853 when Levi Strauss came to San Francisco, California to open a west coast branch of his brothers' New York dry goods business. Although the company began producing denim overalls in the 1870s, modern jeans were not produced until the 1920s. The company briefly experimented (in the 1970s) with employee ownership and a public stock listing, but remains owned and controlled by descendants and relatives of Levi Strauss' four nephewsOne of Levi's customers was Jacob Davis , a tailor who frequently purchased bolts of cloth from Levi Strauss & Co.'s wholesale house. After one of Jacob's costumers kept purchasing cloth to reinforce torn pants, he had an idea to use copper rivets to reinforce the points of strain, such as on the pocket corners and at the base of the button fly . Jacobs did not have the requ...

Syiah?

Syiah atau Shi'a (شيعى) merujuk kepada satu aliran dalam Islam yang mengutamakan Ali bin Abi Thalib dan keturunannya kerana mendakwa Ahlul Bait yang disebut dalam Surah 33 Ayat 33 al-Quran, merujuk kepada Ali, Fatimah, Hasan dan Hussein. Golongan ini berpendapat Ali sepatutnya menjadi pemimpin pertama umat Islam (Amirul Mo'mineen) selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. kerana Nabi s.a.w. sendiri mewasiatkan Ali sebagai Mawla selepas baginda (Ghadir Khum)). Perbalahan pendapat mengenai kepimpinan umat Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. memecahkan umat Islam kepada dua golongan utama yaitu golongan majoriti Sunni yang tidak mengutamakan Ali dan golongan yang kedua terbesar dalam Islam, Syiah. Syiah Islam, seperti Sunni Islam, kadang kala berpecah kepada cabang-cabang yang lebih kecil. Hanya 3 cabang yang kini mempunyai bilangan pengikut yang besar. Yang paling terkenal dan terbesar ialah golongan Syiah Imam Duabelas atau Imamiyyah/Ja'fariyyah (Twelvers /(اثنا عشرية ...

Tutankhamun

Tutankhamun ialah seorang firaun muda yang terkenal pada zaman kerajaan Tamadun Mesir Purba. Baginda memerintah dari tahun 1333 SM hingga tahun 1323 SM dalam Dinasti Kelapan Belas yang turut dikenali sebagai Tempoh Kerajaan Amarna. Tutankhamun menjadi terkenal pada abad ke-20 apabila makamnya di Lembah Raja-raja ditemui yang oleh Howard Carter didapati tidak pernah dirompak. Kebanyakan makam firaun lain yang terletak di Lembah Raja-raja pernah disamun perompak setelah beribu-ribu tahun. Tutankhamun menjadi firaun Mesir ketika berusia hanya 9 tahun. Baginda banyak membina semula kuil-kuil yang baru bagi menyembah tuhan-tuhan Mesir Purba, terutamanya Amun-Ra. Namun, Tutankhamun mangkat ketika berusia 19 tahun.

Selamat datang ke dunia blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan yang berada di Mesir mahupun selainnya,terima kasih sebab sudi membaca blog yang baru dibuka pada 21 November 2007 pada jam 7.04 malam kat rumah Shareez. Tujuan aku buka blog ni saja nak kongsi info-info yang menarik dengan pembaca,jadi aku minta maaf banyak-banyak kalau ada info yang tak menarik. Aku harap korang sokong aku,bagi aku info untuk kita sama-sama kongsi. Hanya untuk tatapan blog 'The Emperor Of Students', kenapa aku pakai nama ni? sebab aku nak setiap orang yang rasa dia ni pelajar,tak kira la yang dah habis belajar ke ataupun yang masih belajar lagi,boleh ikut blog ni,dan sama-sama sokong blog `KITA` ni. Dan sedikit sebanyak tentang editor : Saiful Islam B. Mohd Saffiaai Kuliah Bahasa Arab,Mansoura,Mesir. Asal Bandar Tun Hussien Onn,Cheras,Selangor. Lahir pada 15 April 1986 kt Cairo,Mesir Anak sulung dr 8 orang adik-beradik. Pendidikan terakhir SAMT Tengku Ampuan Rahimah,Sg Manggis,Banting. ...