Skip to main content

Sejuknya.


Assalamualaikum,macam mana dengan kuliah? Ok? kuliah dah mula,kitab kuliah pun dah banyak keluar,study group dah mula kot,kalau macam budak kuliah aku diorang dah start,pulun tiap-tiap malam..oo satu lagi,SELAMAT DATANG MUSIM SEJUK,hehehe kalo musim sejuk ni,tido la yg paling best kan? Dulu senior-senior aku ada jugak cakap,"Mesir syurga tidur",macam pelik kan? Tapi mak aku ada jugak cakap macam tu,mula tu macam tak percaya je,tapi bila dah sampai sini rasanya betul juga kot "PERIBAHASA" tu,ada lagi tu aku dengar tidur dah tak ingat dunia,bangun time makan dengan sembahyang jer. Baik jugak, sembahyang tak tinggal.


Apa yang aku nk sembang kat sini ialah pasal tidur. Apa yg aku tahu `tidur` tu untuk menyegarkan badan ataupun sekurang-kurangnya merehatkan je. Tapi kalau dah tidur 3 hari tak bangun-bangun ni apa kes? Takkan la kita yang kat Mesir ni asyik nak kena kutuk dengan orang luar je,kang kalo sembang pasal Mesir ni,orang luar kata Mesir ni tidur je la,tak rasa segan ke? Malu juga kan? Kita kat sini tak rasa lagi la,balik Malaysia baru tau. Memang tidur kat Mesir ni best,tapi agak-agak la kan.
Sekarang ni aku nak bagi sikit tips la yg aku pakai dulu masa mula-mula sampai Mesir ni,sebenarnya tak ada la susah mana,mula-mula kita set mesti ikut jadual pergi kuliah. Tak ada la jadi kes ponteng-memonteng. Bangun subuh,tu kadang-kadang aku pun masalah jugak,tapi paksa la. Kita bangun pastu sembahyang,lepas sembahyang terus amik Al-Quran baca la lama-lama sikit,maklum la subuh kan awal,kang kalo baca kejap jer mula la kepala tu nak mendarat kat bantal balik. Pastu kalo dah abis baca Al-Quran buat la kerja lain pulak. Contoh nya basuh kain ke,lipat baju ke. Jadi masa tu penuh dengan aktiviti sebelum pergi kuliah.


Satu lagi,kalau cuti hari jumaat dan sabtu nak buat apa? kalau aku dulu,pagi-pagi aku bangun tidur,lepas selesai semua benda nak buat,aku siap-siap pergi rumah kawan aku,study kat sana. Kita bleh jugak nak buat study group pagi-pagi,macam dalam pukul 7 atau 8 pagi,sebab kadang-kadang kita ada kelas tutorial malam kan! ok tak? InsyaAllah tak ada masalah pasal tidur.
Tapi kalau dah nama manusia mesti tak terlepas dari buat silap. Tapi kita tak nak la kesilapan tu terjadi lagi. Aku pun nak ingatkan diri aku dan kawan-kawan yang lain,takpe kan? Sama-sama la kita baiki diri kita ni. Aku ingat sampai di sini je kot,sakit pulak punggung aku ni.

Assalamualaikum.

Comments

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Damsyik dan Istanbul #2

Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2 Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini. 2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijam...

Hari ini?

Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala. Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan ' qarar' ,tapi tu bukan bermaksud Azhar tak ' syadid' . Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu. Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat '. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman ...