Skip to main content

Sejenak di Mansurah


Mansurah adalah salah sebuah negeri yang terletak di sebelah utara Mesir.Negara yang mempunyai 4 musim ini juga dikelilingi padang pasir yang meluas adalah suatu rahmat Allah.Mansurah juga tidak terpinggir dari memiliki keindahan alam ciptaan yang maha Esa bagi memberi peluang kepada hambanya untuk memerhati dan memikirkan akan kebesaran Allah yang maha agung.

Universiti Al-Azhar yang tersergam megah dengan kehebatan ulama-ulama yang terbit dari universiti ini telah menjadi titik tolak bagi pelajar dari seluruh kawasan Mansurah dan juga negeri-negeri yang berhampiran dengannya serta pelajar-pelajar 'wafideen' yang datang dari Malaysia,Indonesia,Thailand,Syiria,Uzbekistan,India,Qomoros dan lain-lain negara untuk memilih universiti ini sebagai tempat menimba ilmu.

Universiti Al-Azhar di Mansurah ini terbahagi kepada dua.Pertama untuk pelajar lelaki yang terletak di bandar Salam,dan yg kedua untuk perempuan yang terletak di Jalan Dirasaat. Bagi Azhar(lelaki) hanya dibuka Bidang Bahasa Arab dan Usuluddin .Akan tetapi bagi perempuan ia menjurus kepada semua bidang termasuk Syariah Islamiah serta Qiraat.

Walaupun berbeza dari segi bahasa,budaya,cuaca serta muamalah seharian, tidak menjadi alasan sebagai penghalang untuk meneruskan perjuangan sebagai hamba Allah bagi menuntut ilmu di negara lautan ilmu ini.Negeri bekas jajahan perancis ini sungguh terkenal dikalangan warga lelaki Mesir yang menyifatkan bahawa wanita Mansurah adalah wanita yang tercantik disebabkan kacukan arab dan Perancis.Itulah serba sedikit berkaitan dengan Negeri mansurah.

Comments

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Kasihan pada pengikut Syiah

Bismillahhirrahmanirrahim.. Sambil-sambil search kat google,terselak kat ruangan yang hangat bincangkan tajuk Syiah di Malaysia. Aku rasa benda ni bukan benda baru,tapi sekarang ni baru nak panas sampai ke pihak media. Setakat ni baguslah,respon dari masyarakat pun positif. Aku cuma kesiankan puak yang menyokong syiah. Untuk pengetahuan kalian-kalian yang dok taksub sangat dengan ajaran ni,inilah ajaran yang boleh disamakan dengan ajaran ayah pin. Maksud aku fahaman syiah yang taksub dengan ahli bait (keturunan Saidina Ali). Tapi bukan semua fahaman syiah ni sesat,seperti yang korang semua tau. Syiah ni pun terpecah kepada 72 kumpulan. Ada yang betul dan ada yang terpesong. Tapi yang jelas,golongan yang terpesong inilah yang selalu cari pasal. Masing-masing dah faham agama,terpulang pada korang nak pilih yang mana. Ulama' pun dah banyak kali cakap pasal ni. Korang jangan main-main. Ini tentang akidah,perkara asas dalam i'tikad dalam iman.

Butterton 2018 #3

Keesokkan paginya setelah selesai solat subuh, kami cergas bangkit untuk sarapan. Setelah itu kami pun bersiap dan mengemas untuk meninggalkan Butterton. Walaupun hanya sempat untuk 1 malam sahaja di sana namun itu cukup untuk kami menenangkan minda dan berehat. Setelah meninggalkan Butterton amatlah rugi kalau kami terus pulang ke London. Jadi aku pun 'google' lokasi mana yang kami boleh singgah, sekurangnya-kurangnya sambil menyelam minum air. Lagipun kami kena hantar kereta sebelum jam 8 malam. Maka aku cadangkan untuk ke Leicester. Sebabnya hanya satu ialah kami nak ke stadium keramat King Power. Perjalanan dari pekan Leek taklah begitu lama,hanya sekitar 1 jam 25 minit sahaja,hampir tak terasa pun sebab sibuk kami berborak dan mendengar lagu. Oh, sebelum tu kami singgah sebentar di pasar ahad di pekan Leek,tapi takda apa yang menarik hanya sekadar menyinggah. Sesampainya di Leicester kami terus ke Stadium King Power, seingat aku kami sampai dalam jam 11 ...