Skip to main content

Mana nak cari kasut?



Assalamualaikum

Entry kali ni aku nak memperkenalkan satu slot baru yang aku namakan `buku manual`. Dalam slot ni aku nk memperkenalkan kat korang pasal tempat-tempat mana yang kita perlu rujuk kalau nak dapatkan sesuatu barang,maksud aku,aku akan bagi cadangan tempat mana yang patut korang pergi untuk beli barang tu,ataupun yang berkaitan dengannya insyaALLAH. Faham kan?

Pada kali pertama ni,aku nk cadang kat korang kat mana tempat nak cari kasut. Korang tau jer la kan,kat Mesir ni payah nak cari kasut yg ikut selera orang Malaysia. Kebetulan aku beli kasut kat situ,aku ingat nak kongsi-kongsi jugak dengan korang.

Aku `angkat` kasut macam Vans,pasal kasut tu dah lama aku nak,tp masa kat Malaysia tak sempat beli,banyak benda nak kena buat,jadi aku tangguh dulu. Orang Malaysia suka kasut snickers,macam kasut Vans,Converse,Adidas,Nike dan yang seumpama dengannya. Kalau kat Mesir ni lain,diorang lebih cenderung dengan kasut kulit mungkin pasal ikut selera orang Italy kot, ni kawan aku citer la.

Kalau korang nak beli kasut macam ni jugak,aku syorkan korang datang kat Sikah Gadid kt Mansoura. Budak-budak Mansoura mesti tau,korang datang jer. Ok,kedai tu pulak dia dekat deret-deret kedai emas. Kalau korang datang situ,korang mesti lalu. Pasal harga korang jangan risau,takde la mahal sangat,kalo korang convert dengan duit Malaysia pun jadi murah. Sekurang-kurangnya harga dia pun bawah 130genih,ada yang smart tu,30genih jer,memang berbaloi. Datang la,sebab ada banyak pilihan termasuk untuk akhawat-akhawat kita.

Comments

anip said…
berape wei kalo convert???
haha...
aku mmg suke kasut2x style converse tue..huhu...
tgk la kalo ade rezeki,dtg mesir,aku sampai la kat sikah gadid tu....huhu...

Popular posts from this blog

Perasaan

Hari ni aku bertarung dengan perasaan aku sendiri, aku tak mampu untuk meluahkan pada sesiapa. Ataupun perasaan ini hanya aku seorang yang merasainya. Maafkan aku kerana tak mampu untuk luahkan, bukan tak sudi tapi aku sendiri tak tahu bagaimana mahu mengungkapkannya. 

TIPS MELANCONG JIMAT 2

Post sebelum ni aku dah kongsikan pasal tips-tips dan nasihat sebelum memulakan perjalanan, iaitu perkara yang perlu diselesaikan semasa di tanah air. Untuk post kali ini, aku cuba perincikan beberapa tips berdasarkan pengalaman aku sendiri. #BEG DAN PAKAIAN Pertama sekali korang mesti cari beg yang sesuai bergantung kepada tempat yang hendak dilawati. Dan yang paling penting ikut keselesaan korang. Jangan terlalu mengikut orang, orang nak pakai beg ni korang pun nak pakai, orang pakai beg tu korang pun nak pakai. Istilah mengembara bukan terletak pada apa yang korang pakai. Sesetengah tempat seeloknya kita gunakan backpack , tapi kalau korang ada banyak mak nenek nak bawa pakai jela suitcase. Mana-mana pun elok je. Kalau boleh korang bawa satu lagi beg tambahan bersaiz kecil untuk korang sumbat segala barang peribadi seperti dompet,pasport,kamera dan lain-lain yang penting. Jadi, bila korang keluar jalan-jalan tu tak perlu bawa beg besar.  Yang kedua ialah pakaian....

'Tsunami' pilihanraya gelombang rakyat

Rekod bersih jadi kebanggaan BN Johor selama 50 tahun mula tercalar SIFAR pembangkang yang dilaungkan Barisan Nasional (BN) Johor gagal dicapai pada Pilihan Raya Umum Ke-12 kelmarin, malah buat kali pertama selepas 50 tahun negara merdeka, rekod bersih BN Johor yang selama ini menjadi kebanggaan mula tercalar. Tidak pernah dalam sejarah negeri ini parti pembangkang boleh memperoleh lebih daripada enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terutama di kawasan pengundi Melayu yang secara tradisinya kubu kuat parti Umno. Malah cakap-cakap pilihan raya di Johor ini, jika calon BN terutama datang dari Umno itu adalah 'batang pisang', pasti akan menang kerana kekuatan parti itu tidak boleh diganggu gugat kerana begitu taksub orang Melayu mengundi calon Umno atau BN sudah tidak boleh diterima lagi. Pas yang mula cuba melebarkan pengaruhnya secara agresif pada sekitar 1990-an di negeri ini agak sukar untuk menembusi kubu kuat Umno itu kerana rata-rata orang Melayu di neg...