Skip to main content

Gggrrrrr........

Sekarang ni dah nk mula fatrah imtihan,macam-macam benda nk buat,kelas tambahan pun bukan main lagi. Kuliah jamiah seperti biasa la,paham tak paham yg penting kena pergi jugak. Kadang-kadang tension jugak pasal tak faham sangat,tapi dalam tension-tension tu,aku doa semoga ada keberkatan dalam pembelajaran aku tu,insyaALLAh. Aku berusaha juga untuk dapatkan apa yang doktor syarahkan tu,macam pesan mama dan abuya aku dulu,pergi ja kelas jangan ponteng.

Dalam beberapa hari kebelakangan ni,aku macam tertekan sangat rasa macam semangat yang ada tahun lepas tu macam dah kurang,macam-macam aku buat,rupanya aku terlupa satu benda. Rupanya dah lama aku tak call mama dan abuya aku,apa lagi cepat-cepat aku pergi 'pau' evois ngan fathi..nasib baik line internet umah ok. Arab internet tu dah kena sound dengan housemate aku. hehehe.

Mula-mula aku call adik aku,tapi takda orang angkat..nak call no mak aku,no mama dah kena block,aku try call ayah aku..dapat pun. Sembang punya sembang,jadi lama pulak. Jarang aku cakap dengan ayah aku lama-lama. Best pulak sembang dengan ayah aku,sebab time tu dia tengah hantar kereta untuk basuh. Banyak dia tanya,terubat jugak la hati ni. Ayah aku macam happy jer,aku lagi dapat semangat lepas ayah aku kata dia nk datang Mesir ni tahun depan,pastu dia kata nak bawak mama dengan adik aku iwan dengan mimin,pergghh melompat aku. Tapi aku harap sangat diorang jadi datang sini.

Ok tak cerita ni,padahal bagi korang takda apa-apa pun kan? pasal ni cerita pasal family aku,tapi aper yang aku nak sampaikan kat sini adalah jangan la korang lupakan mereka yang di Malaysia tu,,bila ada masalah jangan segan nak luahkan,sembang je dengan diorang..jangan la call time nak pakai duit je. Sekurang-kurang nyer kita akan dapat semangat sikit bila nak exam ni.

Assalamualaikum.

Comments

anip said…
skrg adik ko tu kat mane pulak??...si iwan tue...huhu...

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Damsyik dan Istanbul #2

Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2 Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini. 2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijam...

Hari ini?

Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala. Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan ' qarar' ,tapi tu bukan bermaksud Azhar tak ' syadid' . Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu. Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat '. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman ...