Skip to main content

Puas di Korea

SEKIRANYA berkunjung ke Seoul, ibu negara Korea Selatan, tentunya anda tidak mahu melepaskan peluang untuk melawat beberapa destinasi menarik bandar raya yang terkenal dengan pelbagai tempat bersejarah itu.

Berkeluasan kira-kira 605 kilometer persegi, ibu negara Korea Selatan itu adalah bandar raya terbesar negara berkenaan tetapi pada hakikatnya, lebih kecil berbanding New York dan Tokyo. Namun, ia tetap menjadi antara bandar raya berkepadatan penduduk tinggi di dunia dengan lebih 10 juta penduduk.

Antara destinasi yang menjadi tumpuan pelancong adalah Istana Changdeokgung, Istana Gyeongbokgung, Muzium Kebangsaan Korea, National Folk Museum, Namsan Park, kuil Buddha Dongmyo dan Taman Olimpik Seoul, Songpa-gu.
Namun, selepas melawat ke tempat berkenaan, tentu perlu membeli barangan sebagai memori dan buah tangan untuk dibawa pulang ke tanah air. Justeru, pastikan anda singgah ke tiga tempat membeli belah terkenal di Korea Selatan iaitu pasar Namdaemun, Dongdaemun dan Itaewon.


Pasar Namdaemun ialah pasar raya tradisional terbesar di Korea Selatan, tidak ubah seperti Jalan Petaling di Kuala Lumpur yang menempatkan kira-kira 1,000 kedai di kawasan pasar seluas kira-kira empat hektar.

Selain menawarkan pelbagai barangan kraftangan, pasar yang sudah sebati dengan tawar menawar antara peniaga dan pengunjung itu turut menjual barangan keperluan harian termasuk makanan, pakaian dan barangan dapur serta pelbagai produk tempatan dan luar negara.

Malah, pakaian tradisional Korea, rumpai laut dan ginseng yang lazimnya diminati pelancong China dan Jepun turut diniagakan di pasar ini manakala pengunjung Malaysia pula akan tertarik dengan kerongsangnya yang dapat dibeli dengan harga murah pada kuantiti yang banyak.

Ia bagaikan syurga bagi penggemar kerongsang Korea yang dapat memiliki beraneka bentuk hiasan bertatah kristal berkenaan dan sehingga kini, ramai peniaga Malaysia menjadikannya destinasi untuk memborong barangan itu.

Pemborong pasar itu memulakan perniagaan dari jam 12 tengah malam hingga 6 pagi, peniaga antara jam 7 pagi hingga 5 petang, manakala penjaja berniaga dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Disebabkan ia berada di pusat bandar Seoul, tiada masalah bagi pengunjung untuk mendapatkan perkhidmatan bas dan teksi. Namun, pasar Namdaemun yang tidak ketinggalan menawarkan pelbagai jenis makanan, tidak menempatkan gerai yang menyediakan makanan halal.

Seperti pasar Namdaemun, pasar Dongdaemun juga terletak di pusat bandar Seoul tetapi kira-kira 20 minit dari pasar Namdaemun.

Sebagai pasar terbesar Korea Selatan, ia tidak menjual barangan tradisional tetapi lebih kepada barangan borong berjenama tiruan yang berkualiti termasuk pakaian, kain sutera, kasut, barangan sukan, peralatan paip serta elektrik, elektronik, barangan pejabat dan mainan di 26 pusat beli-belah, 30,000 kedai dan 50,000 premis pengeluar barangannya.

Namakan saja pakaian dan aksesori pelengkap pakaian berjenama tiruan seperti dompet, beg tangan, kasut dan jam tangan, pastinya dapat dibeli termasuk Burberry, Salvatore Ferragamo, Louis Vuitton, Gucci, Fendi, Christian Dior dan Chanel.

Berbanding pasar Namdaemun, pasar Dongdaemun yang dibuka sejak 1905 itu lebih meriah dan sibuk dengan pengunjung pelbagai peringkat umur terutama golongan muda dan peniaganya yang jauh lebih ramai.

Sebelum ini, pemborong di pasar itu beroperasi dari jam 1 pagi hingga 1 petang, manakala peniaga memulakan perniagaan pada jam 1 pagi hingga 6 petang, tetapi kini kawasan itu masih beroperasi hingga jam 5 pagi berikutan sambutan penduduknya serta pelancong yang gemar membeli belah pada waktu malam hingga pagi.

Itaewon pula, destinasi yang juga sesuai untuk membeli belah termasuk pakaian, kasut, beg tangan dan perabot antik merangkumi kedai dan restoran sepanjang 1.4 kilometer jalan kawasan itu.

Sebilangan besar nama kedai, restoran, stesen minyak, pusat internet, bangunan dan papan iklannya di sekitar Seoul menggunakan bahasa Korea iaitu 'Hang-Gu', tetapi tidak dinafikan masih ada menggunakan bahasa Inggeris.

Disebabkan sering dikunjungi pelancong asing termasuk beragama Islam yang bermalam di hotel berdekatan, Itaewon menjadi destinasi paling tepat bagi pengunjung yang ingin menikmati makanan halal.

Kira-kira 10 restoran halal beroperasi di kawasan itu dan dikendalikan peniaga India, Pakistan dan Arab bagi memberikan lebih pilihan kepada pengunjung. Bagaimanapun, anda perlu bijak mengatur masa kerana kebanyakan restoran di Itaewon ini hanya dibuka dari jam 10 pagi hingga jam 10 malam.

Comments

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Kasihan pada pengikut Syiah

Bismillahhirrahmanirrahim.. Sambil-sambil search kat google,terselak kat ruangan yang hangat bincangkan tajuk Syiah di Malaysia. Aku rasa benda ni bukan benda baru,tapi sekarang ni baru nak panas sampai ke pihak media. Setakat ni baguslah,respon dari masyarakat pun positif. Aku cuma kesiankan puak yang menyokong syiah. Untuk pengetahuan kalian-kalian yang dok taksub sangat dengan ajaran ni,inilah ajaran yang boleh disamakan dengan ajaran ayah pin. Maksud aku fahaman syiah yang taksub dengan ahli bait (keturunan Saidina Ali). Tapi bukan semua fahaman syiah ni sesat,seperti yang korang semua tau. Syiah ni pun terpecah kepada 72 kumpulan. Ada yang betul dan ada yang terpesong. Tapi yang jelas,golongan yang terpesong inilah yang selalu cari pasal. Masing-masing dah faham agama,terpulang pada korang nak pilih yang mana. Ulama' pun dah banyak kali cakap pasal ni. Korang jangan main-main. Ini tentang akidah,perkara asas dalam i'tikad dalam iman.

Butterton 2018 #3

Keesokkan paginya setelah selesai solat subuh, kami cergas bangkit untuk sarapan. Setelah itu kami pun bersiap dan mengemas untuk meninggalkan Butterton. Walaupun hanya sempat untuk 1 malam sahaja di sana namun itu cukup untuk kami menenangkan minda dan berehat. Setelah meninggalkan Butterton amatlah rugi kalau kami terus pulang ke London. Jadi aku pun 'google' lokasi mana yang kami boleh singgah, sekurangnya-kurangnya sambil menyelam minum air. Lagipun kami kena hantar kereta sebelum jam 8 malam. Maka aku cadangkan untuk ke Leicester. Sebabnya hanya satu ialah kami nak ke stadium keramat King Power. Perjalanan dari pekan Leek taklah begitu lama,hanya sekitar 1 jam 25 minit sahaja,hampir tak terasa pun sebab sibuk kami berborak dan mendengar lagu. Oh, sebelum tu kami singgah sebentar di pasar ahad di pekan Leek,tapi takda apa yang menarik hanya sekadar menyinggah. Sesampainya di Leicester kami terus ke Stadium King Power, seingat aku kami sampai dalam jam 11 ...