Skip to main content

Satu hari di hari raya




Assalamualaikum and salam sejahtera kepada kawan-kawan semua,sebelum tu aku nk ucap Salam Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat,disamping itu juga kita digalakkan untuk mengingati kembali pengorbanan Nabi Ibrahim (a.s) dan Nabi Ismail (a.s)..aku pun nk minta maaf banyak-banyak sebab tak sediakan info-info tentang peristiwa yg berlaku ni,aku nak minta maaf banyak-banyak la k!

Kat sini aku nak ceritakan la sikit pengalaman beraya haji kat Mansoura ni,raya kat Mesir ni memang best,kiranya macam kita sambut raya haji kat kelantan la,meriah gila. First time aku sambut raya kat Mansoura ni,kitorang ada buat sembelih gamus (kerbau),memang meriah. Tapi yang sekarang ni aku cerita pasal tahun ni pulak setelah tahun ke-2.

Malam raya aku dah plan dengan housemate aku parid,papa (jaafar) dan zulkapan,kitorang plan nak pergi sembahyang sama-sama kat Istad Mansoura pastu nak masak la sikit-sikit untuk raya ni,sebab masa raya puasa hari tu kitorang tak masak,pau umah orang je. Aku dah beli barang dapur siap-siap,maklum la raya arab ni tak buka kedai, cadang nak buat laksa kedah.

Seperti yang dijanjikan kitorang bangun awal-awal dan bersiap nk pergi sembahyang, kena pula semua bangun serentak,maka berebut la..Parid macam biasa kat katil. Aku ingat nak gerak awal dengan zulkapan,sebab aku dah janji dengan shareez nak pergi sembahyang sama-sama. Aku dengan zulkapan terus pergi mendapatkan tramco,elok je naik aku dengar arab tu cakap `ummal`,aku tak faham..tapi aku naik jer la. Aku rasa dah awal dah aku keluar umah..sama time macam aku keluar dulu. Elok jer sampai istad, aku tgk apesal takde orang,pastu aku cakap aku nak turun,arab tu cakap takde sembahyang kat istad tahun ni...pulak dahhh.

Aku pun ikut je la tramco tu pergi sampai kat `A`ii Sawi`,terpaksa la aku turun kat situ. Elok turun jer, diorang semua dah tahiyyat akhir,hangin je..tak sembahyang lagi. Apa lagi,zul jadi imam aku jadi khatib..nasib baik laksa kedah jadi buat.

Kesimpulannya,korang datang la awal pergi sembahyang pastu kena tahu tempat nak sembahyang kat mana..kalau tak,jadi macam aku la. Bukan 1st time lak tu..balik umah Parid buat bisnes bekam dan ujikaji kat Shareez. ermmmm....sama jer.

Comments

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Damsyik dan Istanbul #2

Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2 Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini. 2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijam...

Hari ini?

Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala. Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan ' qarar' ,tapi tu bukan bermaksud Azhar tak ' syadid' . Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu. Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat '. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman ...